Header Ads

Bagaimana EziOwn Dapat Membantu Anda Memiliki Rumah?




Pada masa kini, ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk seseorang individu memiliki rumah sendiri di Malaysia. Ini disebabkan nilai hartanah yang semakin meningkat hingga menyukarkan rakyat di negara ini memiliki rumah terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Berdasarkan daripada artikel yang dikeluarkan oleh Astro Awani, purata harga rumah pada 2016 ialah RM387,258 sedangkan purata pendapatan rakyat Malaysia hanya RM5,228 sebulan.

Ini menjadikan purata harga rumah yang dijual pada masa kini sebagai 'amat tidak mampu milik' berdasaran perkiraan mengikut Pendaraban Medium Demografik Antarabangsa, di mana harga rumah hanya dianggap mampu milik jika ia kurang daripada tiga kali ganda purata pendapatan tahunan isi rumah.

Menyedari kewujudan masalah ini, terdapat beberapa alternatif telah disediakan untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah dengan lebih mudah.

Salah satunya ialah Progam EziOwn yang ditawarkan oleh Wonderlist Property.




Pengenalan Kepada EziOwn






EziOwn adalah program baucar penjimatan yang boleh digunakan di dalam proses pembeliam rumah. EziOwn diwujudkan dengan tujuan untuk menawarkan lebih penjimatan dan diskaun kepada pembeli rumah.



Bagaimana EziOwn Berfungsi?


Baucar EziOwn ditawarkan bermula dari nilai RM3,000. Namun, anda boleh mendapati baucar EziOwn bernilai RM5,000 dengan hanya perlu membayar RM500. Seterusnya, baucar EziOwn anda bernilai RM5,000 tersebut boleh digunakan untuk pembayaran deposit dalam pembelian rumah. Mudah saja kan?


Apakah Manfaat Yang Anda Boleh Perolehi Daripada EziOwn?


Anda boleh menikmati penjimatan lumayan dengan pembelian baucar EziOwn bernilai RM5,000 dengan pembayaran hanya RM500. Dengan kewujudan banyak pilihan rumah dari pelbagai pemaju hartanah di platform EziOwn, anda mempunyai pilihan yang menarik untuk mencari kediaman idaman termasuk dari pasaran sekunder (subsale). Baucar EziOwn bernilai RM5,000 mempunyai tempoh sah selama 15 bulan. Namun, anda boleh memilih untuk melanjutkan tempoh sah laku baucar tersebut tanpa dikenakan sebarang kos tambahan. Selain itu, program EziOwn juga menawarkan insentif wang tunai sekiranya anda memperkenalkan EziOwn kepada kenalan anda dan mereka menggunakan platform EziOwn dengan membeli baucar.



Adakah EziOwn Selamat dan Sah Di Sisi Undang-Undang?


Dengan penyertaan yang menggalakkan daripada pemaju hartanah utama di Malaysia untuk menyenaraikan projek kediaman mereka di platform EziOwn, telah terbukti EziOwn selamat untuk digunakan. Wonderlist Property juga telah berusaha untuk memastikan setiap transaksi di dalam platform EziOwn mematuhi undang-undang di Malaysia dengan melantik peguam khusus untuk memantau transaksi di EziOwn.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai EziOwn, anda boleh melawat platform rasmi EziOwn di https://eziown.com/

No comments:

Powered by Blogger.