Header Ads

Apa Anda Boleh Beli Dengan Bitcoin?




Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin telah mencecah $11,641 atau bersamaan dengan RM47,000. Tiada siapa menyangka perkara ini akan berlaku ketika ianya mula dilancarkan oleh seseorang bernama Satoshi Nakamoto dengan nilai $0.003 pada tahun 2010. Semenjak dari itu, nilai Bitcoin telah meningkat secara mendadak sehingga ianya menjadi salah satu nilai matawang yang sah di dalam urusan jual beli.


Mungkin anda tertanya-tanya apakah yang boleh dibeli menggunakan Bitcoin?



1. Sebuah rumah agam di London boleh dibeli menggunakan Bitcoin!



Rumah agam terletak di Notting Hill, London. Sumber: Business Insider UK 


Bagi mereka yang mempunyai Bitcoin dalam jumlah yang banyak atau mereka yang melabur dalam Bitcoin pada masa ianya mula diperkenalkan, rumah agam ini mungkin boleh dibeli dengan mudah. Menariknya, rumah agam ini dijual dengan harga £17 juta (RM81 juta) telah menarik minat pembeli dari Asia yang berumur kurang dari 30 tahun. 



2. Tempah percutian anda melalui Expedia dengan Bitcoin






Expedia, salah satu platform digital terkenal untuk tempahan percutian telah menerima Bitcoin sebagai medium pembayaran yang sah. Mereka telah bekerjasama dengan Coinbase untuk memudahkan pengguna mereka membelanja Bitcoin untuk mengguna perkhidmatan Expedia. Namun, pada masa ini penggunaan Bitcoin hanya terhad untuk tempahan hotel sahaja.



3. Dapatkan kad hadiah dengan menggunakan Bitcoin







Anda mungkin tidak dapat membelanjakan Bitcoin untuk membeli semua barang yang ada di pasaran. Namun, terdapat cara alternatif iaitu anda boleh mana-mana kad hadiah dari beberapa platform digital yang menjual kad hadiah seperti eGifter. Ianya adalah satu platform digital yang menjual kad hadiah dari pelbagai jenis perniagaan dan juga perkhidmatan.



4. Cafe Bitcoin di Prague



Sumber: The Guardian


Sebuah kafe di Prague boleh dikatakan unik kerana pemiliknya hanya menerima Bitcoin sebagai medium pembayaran. Sekiranya anda berkunjung ke Prague dan memiliki Bitcoin, anda mungkin boleh cuba untuk menghirup kopi di kafe ini dan bayar semuanya di dalam bentuk Bitcoin. Pastikan anda mempunyai Bitcoin sebelum makan atau minum di sini kerana mereka tidak menerima sebarang matawang lain.



5. Makan nasi kerabu di Kelantan dengan Bitcoin



Sumber: Harian Metro


Gerai Jijah NK di Kampung Pauh, Kota Bharu kelihatan seperti warung kecil yang menyediakan sajian nasi kerabu sebagai menu utama. Namun, ramai yang terkejut kerana gerai ini juga menerima pembayaran dalam bentuk Bitcoin. Nasi kerabu di gerai ini boleh dibeli dengan nilai 0.0001 Bitcoin atau bersamaan dengan RM5.


No comments:

Powered by Blogger.