Header Ads

Bayar Wang Pendahuluan Rumah Idaman Anda Menggunakan EziOwn



Salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh pembeli rumah adalah pembayaran wang pendahuluan ataupun deposit dalam pembelian rumah. Kebiasaannya, dalam urusan jual beli rumah konvensional, pembeli perlu membayar 10% dari harga keseluruhan rumah untul tujuan deposit. Perkara ini mendatangkan masalah kepada pembeli kerana mereka telah sedia terbeban dengan komitmen kewangan yang lain seperti pinjaman pelajaran ataupun kereta.

Mencari wang dalam jumlah yang besar dalam masa singkat bukanlah seseuatu yang mudah bagi kebanyakan orang terutama mereka yang ingin membeli rumah pertama. Namun, kini anda tidak perlu lagi rasa terbeban dengan masalah ini kerana terdapat kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan yang menyediakan bantuan kewangan untuk membantu orang ramai yang layak dan bersedia untuk memiliki rumah sendiri. Syarat utama untuk bantuan ini bergantung kepada nilai hartanah yang anda ingin miliki, jumlah pendapatan dan lokasi hartanah.

Selain itu, salah satu inisiatif yang disediakan oleh Wonderlist Property, EziOwn, juga dapat membantu anda menyelesaikan masalah wang pendahuluan dan menjadi talian hayat untuk memiliki rumah idaman anda.


Bagaimana EziOwn Dapat Membantu Menyelesaikan Wang Pendahuluan Rumah Idaman Anda?




Bermula dari RM500, anda boleh mengurangkan beban dalam membayar wang pendahuluan rumah melalui baucar EziOwn. Menariknya, anda boleh mendapatkan baucar EziOwn bernilai RM5,000 dengan hanya perlu membayar RM500! EziOwn bukan saja dapat memudahkan proses memiliki rumah idaman, namun anda juga boleh menjimatkan wang anda.

Dengan tempoh sah laku sehingga 15 bulan, anda boleh merancang dengan baik pelaburan yang anda ingin lakukan tanpa terburu-buru. Sekiranya tempoh sah laku baucar EziOwn telah tamat, anda masih boleh memilih untuk melanjutkan tempoh tersebut.

Terdapat banyak pemaju hartanah yang mengiktiraf dan menerima baucar EziOwn. Anda boleh menggunakan baucar tersebut sebagai wang pendahuluan sekiranya anda membeli rumah daripada projek pembangunan mereka.

Wonderlist Property juga telah melantik peguam untuk memantau setiap transaksi EziOwn dan memastikan ianya mematuhi undang-undang di Malaysia.

Justeru, masalah pembayaran wang pendahuluan dalam pemilikan rumah sendiri adalah tidak relevan lagi pada masa kini terutamanya di Malaysia. Anda perlu memastikan mempunya pengetahuan dan mempelajari dunia hartanah di Malaysia sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah.

Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran daripada EziOwn di https://eziown.com/




No comments:

Powered by Blogger.