Header Ads

Rumah Lelong: Apa Yang Anda Perlu Tahu




Untuk kebanyakan pembeli rumah, terutamanya pembeli rumah pertama, mereka perlu berhati-hati dalam pembelian rumah dengan mengikut keperluan dan kemampuan. Namun, ramai pembeli rumah lupa bahawa harga yang ditawarkan mempunyai beberapa kos tambahan seperti faedah pinjaman kewangan, cukai tanah, kos penyelenggaraan,, kos untuk proses renovasi rumah dan lanskap.


Disebabkan oleh faktor-faktor ini, pembeli rumah pertama perlu melakukan kajian terperinci sebelum membeli rumah idaman mereka. Pembeli rumah perlu mengenalpasti beberapa kaedah alternatif yang boleh dijadikan pilihan dalam pemilikan rumah yang sesuai dengan bajet utama dan keperluan mereka.



Salah satu kaedah yang boleh dipertimbangkan oleh pembeli rumah pertama adalah melalui rumah lelong di mana kebiasaannya rumah boleh dibeli dengan harga di bawah pasaran. Ini adalah satu pilihan yang terbaik untuk pembeli rumah pertama dengan bajet yang minimum.

Di dalam jualan konvensional, harga rumah kebiasaannya bergantung kepada beberapa faktor seperti harga rumah di kawasan sekitar, bekalan dan permintaan terkini dan harga yang ditetapkan oleh penilai hartanah. Bagi kebanyakan rumah yang dijual melalui pasaran terbuka, harga rumah berkenaan telah ditetapkan oleh ejen hartanah yang telah dilantik oleh pemiilik rumah tersebut. Namun, bagi rumah lelong, pembeli mempunyai kuasa untuk menetapkan harga yang sesuai mengikut bajet yang mereka ada.

Selain itu, di dalam proses lelong, sekiranya anda memang berminat untuk mendapatkan sesuatu kediaman, anda perlu memastikan bahawa anda telah bersedia untuk membayar penuh atau sebahagian daripada harga rumah tersebut. Ini kerana, rumah yang dilelong akan dijual dengan segera selepas proses lelong berakhir. Ini berbeza dengan jualan rumah di pasaran terbuka di mana kebanyakan rumah akan mengambil masa yang lama untuk dijual. 




Namun, anda perlu berhati-hati dengan harga yang menarik untuk rumah lelong kerana anda perlu meneliti kediaman tersebut secara menyeluruh. Ini untuk mengelak anda daripada menanggung kos tersebunyi selepas anda membeli rumah berkenaan seperti cukai atau bil utiliti tertunggak. Jika anda mengabaikan perkara ini, anda mungkin terbebab dengan puluhan ribu ringgit disebabkan hutang lapuk pemilik rumah lama.

Tambahan lagi, anda juga perlu memeriksa keadaan rumah lelong tersebut. Namun, kebiasaannya, pihak yang menawarkan rumah lelong tersebut tidak membenarkan pemberiksaan menyeluruh terhadap hartanah tersebut. Bakal pembeli rumah biasanya hanya dibenarkan untuk memeriksa kediaman lelong untuk beberapa minit sahaja. Tanpa pemeriksaan menyeluruh, pembeli yang kurang bernasib baik akan menanggung kos tambahan dalam proses pembaikan rumah lelong berkenaan.

Justeru, anda haruslah sentiasa bersedia dan bertanggungjawab untuk setiap urus niaga yang dilakukan dalam proses jual beli rumah lelong. Jangan membeli rumah lelong secara melulu untuk mengelak kos tambahan atau tersembunyi ditanggung oleh anda. Jika anda ingin mahir di dalam dunia rumah lelong, anda perlu menjadi ejen hartanah anda sendiri dengan mempelajari pasaran hartanah semasa, keperluan masyarakat dan isu perundangan di dalam jualan lelong. Anda juga perlu memikirkan tentang kos tambahan dalam pemilikan rumah seperti cukai tanah, kos penyelenggaraan, kos utility dan juga kos sampingan yang lain. Ini kerana anda tidak boleh meminta wang anda kembali sekiranya tidak berpuas hati dengan rumah lelong yang dibeli walaupun anda terpaksa menanggung RM100,000 untuk baik pulih rumah mahupun RM50,000 hutang lapuk daripada pemilik asal.


WONDERLIST PROPERTY JUGA MENAWARKAN PELBAGAI PILIHAN KEDIAMAN MAMPU MILIK MELALUI PLATFORM DIGITAL KAMI. DAFTAR SEKARANG UNTUK MAKLUMAT LANJUT!


No comments:

Powered by Blogger.