Header Ads

Bagaimana Program Sewa-Milik Kediaman (Rent-to-Own) Dapat Membantu Anda Membeli Rumah?




"Rent-to-Own" (RTO) adalah program sewa milik kediaman di mana penyewa perlu menyewa kediaman sehingga 5 atau 10 tahun seperti yang dipersetujui bersama pemilik rumah. Penyewa kemudiannya akan diberi pilihan untuk membeli kediaman tersebut setelah tamat tempoh yang telah ditetapkan.


Skim RTO mampu untuk menyelesaikan penghalang utama dalam proses pemilikan rumah iaitu masalah pembiayaan deposit rumah dan pinjaman perumahan tidak diluluskan oleh pihak bank. Ini disebabkan dalam pembelian rumah secara konvensional, pembeli perlu memastikan mereka mempunyai wang sebanyak 10% dari harga rumah untuk membayar deposit. Perkara ini amat sukar bagi kebanyakan pembeli disebabkan komitmen kewangan lain seperti pinjaman pendidikan atau kereta. Skim RTO juga dapat membantu golongan muda dalam membeli rumah pertama mereka.


Kerajaan Malaysia telah menawarkan Skim RTO melalui projek perumahan PR1MA di mana ianya bertujuan untuk membantu pembeli rumah yang gagal mendapatkan kelulusan pinjaman daripada pihak bank.




Terbaru, Maybank telah muncul institusi kewangan pertama di Malaysia yang menawarkan skim RTO untuk membantu pembeli rumah melalui program HouzKEY. Terdapat 5 syarikat pemaju hartanah terkemuka negara yang menawarkan projek mereka di dalam program ini iaitu S P Setia Bhd (SP Setia), Eco World Development Group Bhd (EcoWorld), Mah Sing Group Bhd, Gamuda Land dan Sime Darby Property.


Kredit: www.edgeprop.my

Selain itu, Wonderlist Property Sdn. Bhd juga menawarkan Program Sewa Milik Kediaman (RTO) melalui Platform Lease Option. Ianya menawarkan alternatif terbaru dalam pembelian rumah dan  bertujuan untuk membantu mereka yang tidak mampu untuk menyediakan jumlah wang yang banyak bagi pembayaran deposit perumahan.


No comments:

Powered by Blogger.