Header Ads

Mengapa Aplikasi Telefon Pintar Satu Keperluan Untuk Industri Hartanah?





Pada hari ini, masyarakat terlalu bergantung kepada telefon pintar dan gajet. Mereka menggunakannya hampir untuk semua tugasan harian seperti memesan makanan tengahari atau mencari pengangkutan ke pusat membeli-belah. Untuk para peniaga, apa yang boleh diperolehi daripada teknologi masa kini adalah peluang untuk meraih lebih keuntungan di mana kita menyaksikan banyak perniagaan telah menggunakan aplikasi telefon pintar sebagai salah satu platform perniagaan mereka.

Pasaran hartanah tidak perlu ketinggalan dalam trend ini, walaupun kebiasaannya transaksi di dalam bidang hartanah berlaku dalam dunia nyata dan melibatkan pertemuan antara penjual dan pembeli.

Pada masa kini, bakal pembeli rumah adalah pengguna utama dalam platform digital. Justeru, satu sistem yang berkeupayaan untuk menyediakan data yang boleh diakses di mana sahaja perlu diwujudkan untuk memenuhi keperluan bakal pembeli rumah.

Oleh hal berkenaan, aplikasi telefon bimbit dapat mewujudkan ekosistem yang baru di dalam pasaran hartanah di Malaysia. 


Informasi dan Data yang Komprehensif


Untuk bakal pembeli rumah, kepercayaan adalah satu faktor yang penting dalam proses pembelian rumah dari penjual. Oleh itu, setiap aplikasi telefon pintar perlu mampu untuk menyediakan data yang komprehensif dan mampu dipercayai untuk menarik minat bakal pembeli.
Aplikasi telefon pintar untuk hartanah perlu menyediakan maklumat yang penting dan diperlukan oleh bakal pembeli rumah seperti:

  •         Harga yang ditawarkan
  •          Keluasan rumah
  •          Keluasan tanah
  •          Lokasi
  •          Jenis hak milik
  •          Kondisi rumah
  •          Perabot/kelengkapan rumah disediakan atau tidak
  •          Status kaveat


Sekiranya anda mampu untuk menyediakan semua maklumat ini di dalam satu platform digital, anda mungkin berada satu tahap di hadapan pesaing anda yang lain.


Teknologi Terbaru untuk Industri Hartanah


Kebelakangan ini, kita telah menyaksikan pelbagai teknologi dan gajet terbaru yang berupaya untuk melakukan banyak perkara. Teknologi seperti Augmented Reality yang boleh digunapakai dalam proses ubah suai rumah dan Virtual Reality boleh digunakan untuk mengganti ejen hartanah dalam melawat rumah yang ingin dibeli bersama pembeli rumah.

Sebagai contoh, di Santa Clara, California, sebuah firma pengurusan hartanah, Zenplace, telah menggunakan robot untuk membantu ejen hartanah mereka yang terlampau sibuk untuk melakukan tinjauan rumah secara maya bersama bakal pembeli melalui sebuah robot.


Firma pengurusan hartanah, Zenplace, menggunakan robot untuk menggantikan ejen mereka



Selain itu, IKEA, gergasi perkakasan rumah dari Sweden telah mencipta sistem Augmented Reality melalui aplikasi telefon pintar mereka untuk membantu pembeli mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai barangan yang ingin dibeli dan diaplikasikan secara terus di dalam rumah mereka.


Aplikasi Augmented Reality yang disediakan oleh IKEA


Dengan perkembangan teknologi seperti ini, aplikasi telefon pintar yang komprehensif dan terkini mampu menjadi platform yang sesuai untuk menampung keperluan pengguna masa kini.


Meningkatkan Kualiti Komunikasi dan Khidmat Pelanggan


Terdapat banyak kelebihan daripada aplikasi telefon pintar untuk industry hartanah. Salah satunya ialah meningkatkan kualiti komunikasi dan khidmat pelanggan yang efisyen untuk perniagaan anda. Anda mampu untuk berkomunikasi secara terus dengan pelanggan anda melalui fungsi Live Chat yang boleh diintegrasikan ke dalam aplikasi telefon pintar. Selain itu, pelanggan anda juga mampu untuk menghubungi anda dengan lebih mudah.



Menarik Minat Generasi Muda Untuk Membeli Hartanah


Pada masa kini, terdapat ramai pembeli rumah yang terdiri daripada golongan muda berumur 25 tahun ke atas. Oleh itu, anda perlu menyediakan satu platform yang mampu menarik minat mereka seperti aplikasi telefon pintar. Golongan muda menggunakan telefon pintar hampir keseluruhan hari mereka dan fakta ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk menarik minat mereka ke arah industri hartanah.

Oleh itu, sekiranya anda berada di dalam industri ini, anda perlu mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan aplikasi telefon pintar untuk perniagaan anda. Ini adalah masa depan, anda tidak patut ketinggalan di belakang!

Salah satu jenama hartanah di Malaysia, Wonderlist Property tidak mahu ketinggalan di dalam 'perang' digital ini. Mereka mempunyai platform digital yang komprehensif seperti wonderlist.property. Mereka juga menyediakan aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun melalui platform android dan iOS.


1 comment:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk membetulkan perniagaan anda? Adakah anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Cari tidak lebih lagi kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda menjadi sesuatu yang lalu !! Kami memberi pinjaman kepada syarikat, entiti swasta dan individu dalam semua mata wang dan dengan kadar faedah yang rendah dan berpatutan sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel melalui: (ivanaluka04@gmail.com)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.