Header Ads

Kenapa Sewa Jangka Pendek Lebih Berbaloi Kepada Pemilik Rumah?




Pada 25 November 2017 lepas, bertempat di M101 Skywheel Sales Gallery telah berlangsung satu workshop hartanah yang dihoskan oleh Wonderlist Property dengan kerjasama M101 Skywheel. Workshop kali ini memfokuskan tentang kelebihan Airbnb sebagai satu medium untuk sewa jangka pendek yang semakin mendapat sambutan di kalangan pemilik rumah.

Perkongsian oleh Ray Chung, CEO Wonderlist Property menunjukkan bahawa sewa jangka pendek akan menjadi trend yang hangat di kalangan pemilik rumah dengan kewujudan Airbnb.



Data dari  Airdna menunjukkan purata pulangan sewa harian yang lumayan iaitu RM218 bagi kebanyakan hos  Airbnb sekitar Kuala Lumpur


Data dari Airdna ini juga jelas menunjukkan pulangan yang memuaskan dengan anggaran keuntungan bulanan sebanyak RM2,642.

Selain itu, dengan kehangatan dunia online yang diterajui oleh China melalui syarikat gergasi mereka iaitu Alibaba, trend sewa jangka pendek dijangka akan terus meningkat. Perkara ini juga didorong dengan kewujudan platform-platform digital yang baru seperti Xiaozhu.com, pencabar utama Airbnb di China yang telah mendapat taraf 'unicorn' baru baru ini.

Sekiranya rumah anda terletak di kawasan tumpuan pelancong seperti sekitar KLCC, Bukit Bintang dan juga Midvalley, anda seharusnya memilih Airbnb berbanding konsep sewa jangka panjang yang memberi kadar pulangan yang perlahan.



Antara peserta bengkel yang hadir mendengar perkongsian oleh Ray Chung di M101 Skywheel Sales Gallery pada 25 November 2017.


Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh pemilik sebelum menyenaraikan rumah di Airbnb seperti kos penyelenggaraan dan juga kemungkinan pihak pengurusan kediaman tidak membenarkan sebarang bentuk perniagaan dijalankan di dalam kawasan kediaman.


SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENYERTAI WORKSHOP HARTANAH YANG DI ANJURKAN OLEH WONDERLIST PROPERTY, ANDA BOLEH IKUTI MEDIA SOSIAL KAMI DI FACEBOOKINSTAGRAM DAN JUGA TWITTER UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERBARU.

No comments:

Powered by Blogger.