Header Ads

5 Fakta Tentang Airbnb Yang Mungkin Belum Anda Ketahui



Airbnb bermula dengan dua orang sahabat yang ingin mencari duit tambahan untuk membayar rumah sewa mereka. Namun, tiada sesiapa menyangkakan bahawa idea mereka itu akan menjadi satu pasaran global yang mempunyai lebih 3 juta pengguna di 65,000 bandar dan 191 negara.

Jadi, kenapa platform ini begitu popular?


BANDAR AIRBNB YANG POPULAR






Bandar cinta iaitu Paris mempunyai penyenaraian Airbnb yang paling banyak dengan 78,000 rekod sewa didaftarkan di dalam platform tersebut. UK menduduki tempat kedua dengan 47,000 kediaman tersenarai dan diikuti New York dengan 46,000 penyenaraian. Menariknya, majoriti (6 dari 10) bandar utama Airbnb terletak di Eropah.


KENAPA AIRBNB MEMPUNYAI RAMAI PENGGUNA?


Antara faktor utama orang memilih Airbnb adalah kerana harga yang ditawarkan, di mana 55% pengguna mengatakan ianya adalah lebih murah berbanding medium lain.

Lokasi juga memainkan peranan penting (33%), diikuti dengan pengalaman yang memuaskan (31%) dan kelainan (24%). Selain itu, sebab utama orang ramai tidak menggunakan platform ini ada kerana faktor kesedaran terhadap jenama Airbnb. Ini kerana 59% menyatakan mereka tidak pernah mengetahui tentang Airbnb. Oleh itu, Airbnb perlu meningkatkan lagi usaha untuk memberi pendedahan kepada orang ramai terutama melalui platform pemasaran tradisional seperti surat khabar dan televisyen. Sebab lain bagi meraka yang tidak mengguna platform itu adalah kerana faktor privasi (32%) dan keselamatan (27%).


NAMUN, ADAKAH AIRBNB LEBIH MURAH BERBANDING HOTEL?


Berdasarkan kajian, pengguna Airbnb dapat menjimatkan banyak wang mereka berbanding mereka yang memilih hotel sebagai tempat penginapan. Secara global, purata perbezaan yang dianggarkan adalah RM408 setiap malam. Bagaimanapun, jika anda menginap di Eropah menggunakan Airbnb, anda boleh menjimatkan RM428 manakala di Amerika Syarikat adalah RM469.


BERAPA LAMAKAH KEBIASAAN ORANG MENGINAP MELALUI AIRBNB?


Kebanyakan pengguna Airbnb menginap selama 3 hingga 5 malam. Terdapat berbezaan berbanding mereka yang memilih hotel di mana hanya 7% pengguna Airbnb menginap untuk satu malam, di mana 25% pengguna hotel menginap untuk tempoh yang sama.


AIRBNB SATU ANCAMAN UNTUK HOTEL?






Sebanyak 42% pengguna yang kebiasaannya memilih hotel telah merubah arah kepada Airbnb pada tahun lepas. Hotel-hotel yang menyasarkan pelancong juga terkesan disebabkan Airbnb. Terdapat juga 31% pengguna yang memilih Airbnb berbanding menginap di kediaman kenalan mahupun keluarga mereka sendiri. Jika trend ini berterusan, industri hotel akan terjejas dengan teruk pada masa hadapan dan ianya pasti akan merisaukan pengusaha hotel.


Artikel asal: https://www.raconteur.net/culture/5-airbnb-facts-you-probably-didnt-know

No comments:

Powered by Blogger.