Header Ads

Adakah Hiasan Dalaman Rumah Yang Menarik Akan Membebankan Kewangan Anda?




Setiap pemilik rumah pasti inginkan hiasan dalaman rumah yang menarik sama ada untuk didiami sendiri ataupun untuk tujuan sewa/beli. Hiasan dalaman rumah yang menarik pasti akan membebankan pemilik rumah sekiranya mereka gagal untuk merancang sebaiknya.


Andrew Tan dari Recommend.my telah berkongsi tips kepada peserta workshop yang telah diadakan di M101 Skywheel Sales Gallery pada 11 November 2017 anjuran Wonderlist Property dengan kerjasama M101 Skywheel dan Recommend.my.


Antara perkonsian oleh Andrew ialah anda perlu tahu terlebih dahulu konsep yang anda gemarkan. Perkara ini penting untuk memastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan sebelum kerja renovasi dijalankan. Antara konsep yang semakin popular sekarang adalah konsep minimalist dengan penggunaan perabot dan ruang yang minimum. Konsep ini sesuai untuk rumah yang memiliki saiz ruang tamu yang kecil.


Konsep minimalist juga dapat menjimatkan wang anda disebabkan penggunaan perabot dan ruang yang terhad.


Seterusnya, anda perlu tahu bajet yang anda miliki untuk mengelak anda terlebih melakukan perbelanjaan di dalam proses renovasi rumah anda. Pastikan juga konsep yang anda pilih bersesuaian dengan bajet yang anda ada. Sesetengah konsep hiasan dalaman mempunyai kos yang tinggi seperti klasik atau kontemporari.


Selain itu, konsep yang ringkas dan mudah seperti minimalist juga sesuai untuk kegunaan penginapan Airbnb. Ini kerana kebanyakan pengungjung Airbnb lebih gemar rumah yang kemas dan ringkas kerana ianya lebih seleasa dan rumah seperti ini juga tidak mengenakan kadar yang tinggi.


SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENYERTAI WORKSHOP HARTANAH YANG DI ANJURKAN OLEH WONDERLIST PROPERTY, ANDA BOLEH IKUTI MEDIA SOSIAL KAMI DI FACEBOOKINSTAGRAM DAN JUGA TWITTER UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERBARU.

No comments:

Powered by Blogger.