Header Ads

Jadikan Kediaman Anda Di Tengah Bandaraya Sebagai ‘Hotspot’ Airbnb





Selaras dengan kemajuan teknologi pada hari ini, pelbagai perkara telah menjadi lebih mudah. Sektor pelancongan juga tidak ketinggalan di dalam arus kemajuan teknologi ini dengan wujudnya pelbagai kemudahahan baru yang dicipta dan telah mengubah hampir keseluruhan ekosistem pelancongan di dunia. Contoh terbaik adalah dengan wujudnya Airbnb, ianya telah mengubah sistem ‘homestay’ tradisional kepada sesuatu yang boleh menjana jutaan ringgit melalui satu platform digital.


Di Malaysia, Airbnb bukanlah sesuatu yang baru di mana ianya telah bertapak di negara ini sejak beberapa tahun dahulu. Kewujudan Airbnb jelas telah menyumbang kepada sektor pelancongan di Malaysia di mana pada tahun 2016 telah merekodkan lebih 26.8 juta pelancong tiba di negara ini.


Data daripada Airbnb telah menunjukkan bahawa Airbnb telah menjana RM200.4 juta kepada ekonomi Malaysia pada tahun 2017 melalui penginapan jangka pendek melalui platform digital mereka. Jumlah ini bukanlah sesuatu yang kecil. Jadi, anda semestinya tidak mahu ketinggalan untuk mencuba Airbnb sekiranya anda memiliki atau ingin memiliki kediaman yang terletak di lokasi strategik yang menjadi ‘hotspot’ atau tumpuan penginapan Airbnb.


Lokasi Yang Strategik


Untuk memastikan anda mendapat pulangan yang lumayan daripada Airbnb, anda mesti memilih kompleks kediaman yang terletak di lokasi strategik terutamanya di tengah bandaraya yang semestinya menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing. Data yang diperolehi dari laman sesawang AIRDNA menunjukkan purata kadar sewa harian di sekitar KLCC adalah RM242 dan jangkaan pulangan bulanan adalah RM3536. Justeru, anda perlu bijak untuk memilih lokasi kediaman yang sesuai untuk kegunaan Airbnb dan mampu memberi pulangan maksimum kepada anda.


Berhampiran Dengan Banyak Kemudahan


Lokasi sesebuah kediaman di tengah bandaraya juga tidak menjamin apa-apa sekiranya ianya terletak jauh dari kemudahan seperti pengangkutan awam ataupun tarikan pelancong. Anda juga periu bijak mencari kediaman yang terletak berhampiran dengan pengangkutan awam ataupun terletak berhampiran tarikan pelancong seperti pusat membeli-belah. Kediaman seperti ini akan menjadi keutamaan kepada para pelancong untuk menginap di tengah bandaraya berbanding kediaman lain.


Lakukan Kajian Menyeluruh


Anda perlu melakukan kajian yang menyeluruh termasuk kemampuan anda dari sudut kewangan. Anda seharusnya memilih kediaman yang tidak membebankan anda dan mampu memberi pulangan yang lumayan. Pilih kediaman yang mempunyai harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan kemampuan kewangan anda.  Terdapat banyak kediaman dengan harga yang berpatutan di tengah bandaraya sekiranya anda melakukan pencarian yang terperinci.


Anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Airbnb? Anda boleh sertai bengkel perkongsian Airbnb yang dianjurkan oleh Wonderlist Property pada 11hb, 17hb dan 21hb Mac ini bertempat Setia Walk Puchong. Anda boleh mendaftar tempat anda di sini: https://goo.gl/forms/s1fsvNVjDXpQrAmJ2


Sumber:https://www.airdna.co/market-data/app/kl/default/kuala-lumpur/city-centre/overview, http://www.theedgemarkets.com/article/tech-malaysia-and-airbnb-match-made-heaven-boost-tourism



No comments:

Powered by Blogger.