Header Ads

Golongan Millennial Akan Mengubah Industri Hartanah Masa Depan





Golongan millennial atau dikenali sebagai Gen Y telah membesar seiring dengan perkembangan teknologi yang pantas, sekaligus memberi keutamaan yang berlainan berbanding genenasi sebelum mereka.

Dilahirkan di antara tahun 1980 hingga 2000, generasi ini merupakan golongan terbesar di dalam sejarah peradaban manusia. Mereka dapat menyaksikan bagaimana gangguan teknologi terbesar berlaku, peralihan kepada konsep ekonomi baru dan pekerjaan yang baru diwujudkan di dalam era mereka.

Bagaimanapun, kesan ekonomi yang negatif pada masa kini telah menyebabkan kadar pengangguran terus meningkat dan sekaligus menyebabkan generasi millennial mengalami masalah kewangan yang serius berbanding generasi sebelum mereka. Masalah utama berpunca daripada komitmen kewangan yang tinggi seperti pembayaran pinjaman kewangan peribadi.

Justeru, ramai di antara mereka memilih untuk tidak mempunyai komitmen kewangan yang tinggi pada usia muda dengan tidak memberi keutamaan kepada perkahwinan dan juga pemilikan rumah. Satu kajian di Amerika Syarikat mendapati hanya 23% daripada mereka yang berumur dari 18-31 tahun telah berkahwin dan memiliki rumah sendiri.


Bagaimanapun, bagi golongan millennial yang berumur 25-41 tahun mungkin akan lebih berminat untuk memiliki rumah disebabkan keinginan untuk menetap di kediaman sendiri semakin meningkat dan sekaligus akan melonjakkan jualan hartanah.


Pada masa sekarang, kebanyakkan mereka lebih berminat untuk menetap bersama ibu bapa atau hanya menyewa sesuatu unit. Namun, kaji selidik menunjukkan bahawa mereka berminat untuk memiliki rumah sendiri pada masa hadapan.



Golongan Muda Lebih Memilih Kemudahan Berbanding Memiliki Rumah Sendiri


Pada masa kini, golongan millennial lebih memilih kemudahan dan akses yang cepat berbanding memiliki rumah sendiri. Bukan sahaja rumah, mereka juga kurang berminat untuk memiliki barangan yang memerlukan komitmen yang tinggi seperti kereta atau barangan mewah. Ini kerana mereka lebih memilih untuk menggunakan perkhidmatan yang menyediakan akses kepada barangan tersebut tanpa sebarang bebanan untuk memilikinya seperti Uber dan Grab. Ini merupakan contoh terbaik bagaimana teknologi mampu memberi impak negatif kepada pasaran ekonomi tradisional.



Kepentingan Pemilikan Rumah Kepada Golongan Millennial


Barangan keperluan yang kebiasaanya mesti dimiliki oleh generasi sebelum sudah menjadi tidak relevan kepada golongan muda. Sebagai contoh, keperluan untuk memiki kereta sudah tidak menjadi satu kemestian kepada golongan muda. Bagaimanapun, memiliki rumah sendiri masih lagi menjadi keutamaan tetapi ianya untuk mereka yang sudah berumur dan memiliki kewangan yang stabil.



Kepentingan Jenama Untuk Sesebuah Perniagaan


Hubung-kait teknologi dan golongan millennial yang rapat telah mengubah ekosistem perniagaan di Malaysia. Perkara ini didorong oleh akses yang mudah untuk maklumat seperti informasi produk, ulasan pengguna dan perbandingan harga yang boleh diperolehi di hujung jari sahaja. Oleh itu, tidak pelik sekiranya golongan muda lebih memilih untuk membeli produk yang mudah diperolehi dengan harga paling minimum.

Lebih 57% golongan muda membandingkan harga di platform digital sebelum mereka membeli sesuatu produk. Situasi ini menjurus kepada peningkatan kepada popularity jenama atas talian yang meliputi fesyen, produk kecantikan & kesihatan, dan barangan elektronik.



Kelebihan Media Sosial


Sekiranya banyak jenama telah dilihat mengalami kerugian, sebaliknya berlaku kepada dunia media sosial. Generasi millennial dilihat lebih gemar untuk membeli barangan online dan juga bertukar pendapat atau berkongsi pengalaman. Mereka lebih memilih jenama mesra media sosial untuk memudahkan urusan harian mereka.



Adakah Trend Terkini Golongan Millennial Mengganggu Pasaran Hartanah?


Jika dilihat pada trend masa kini, golongan millennial dilihat akan melakukan perbandingan sebelum membeli sesuatu aset. Mereka akan lebih tertarik untuk membeli kediaman yang menawarkan kemudahan yang sesuai dengan gaya hidup mereka. Golongan muda juga akan menjadi lebih cerewet dalam membuat keputusan membeli rumah untuk mengelak dibebani hutang yang melampau pada usia muda.

Banyak bandar utama di seluruh dunia mengalami masalah dalam menyediakan rumah mampu milik untuk penduduk tempatan. Hal ini mendorong golongan millennial untuk menyewa berbanding membeli kediaman yang diluar kemampuan mereka.

Peningkatan populariti jual beli atas talian telah mengubah bagaimana kita membeli sesuatu produk. Keperluan untuk memiliki kedai fizikal juga tidak menjadi kewajiban untuk para peniaga. Pusat membeli-belah juga mengalami masalah yang sama di mana kita dapat menyaksikan banyak lokasi membeli-belah telah diubah suai untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup masa kini golongan muda.

Ruang pejabat juga akan mengalami transformasi. Perniagaan yang terletak di dalam bangunan lama akan mengalami masalah untuk menarik golongan muda bekerja di situ disebabkan mereka lebih memilih konsep ruang kerja bersama yang nyata mampu meningkatkan produktiviti. Justeru, pemiik bangunan perlu berfikir di luar kotak untuk menarik golongan muda bekerja di tempat mereka.

Kadang-kala, tingkah laku generasi muda pada masa kini tidak disenangi oleh golongan terdahulu. Namun, ianya adalah realiti masa kini. Generasi muda akan mengubah cara bagaimana kita bekerja untuk menjadi lebih kompetitf di dalam dunia ekonomi digital ini.

Golongan millennial akan mengubah masa depan pasaran hartanah di Malaysia  amnya dan juga dunia secara khususnya. Masyarakat perlu bersedia untuk menyesuaikan diri untuk memenuhi keperluan generasi ini.


Artikel asal telah diterbitkan dalam Bahasa Inggeris di starproperty.my (
http://www.starproperty.my/index.php/articles/property-news/millennials-and-the-coming-real-estate-disruption/). Ianya ditulis oleh Pengerusi Eksekutif AREA Management Sdn. Bhd., Datuk Stewart Labrooy.

No comments:

Powered by Blogger.