Header Ads

Mengapa Pemilik Rumah Perlu Menggunakan Khidmat Sistem Pengurusan Hartanah?



Pada masa kini, teknologi telah banyak membantu kita dalam menyelesaikan kerja harian seperti membeli barangan harian atau memesan makanan tengahari anda. Anda tidak perlu meninggalkan rumah atau pejabat untuk melakukan semua perkara ini. Semuanya boleh dilakukan di hujung jari anda melalui telefon pintar ataupun komputer peribadi. Semuanya adalah lebih ringkas pada masa kini.

Di dalam dunia hartanah, salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh pemilik rumah adalah untuk menguruskan hartanah mereka untuk tujuan pelaburan dan mendapatkan pulangan kewangan. Pemilik rumah kebiasaanya tidak mampu untuk mengemaskini perkembangan terbaru seperti isu dokumentasi dan pengurusan hartanah tersebut. Sekiranya pemilik rumah menyewakan hartanah mereka, pemilik perlu memastikan penyewa sentiasa diuruskan dengan baik.


Namun, sekarang terdapat pihak dari industri hartanah yang menawarkan kepakaran mereka untuk menguruskan hartanah anda dengan lebih cekap dan sistematik melalui Sistem Pengurusan Hartanah.


Bagaimana Sistem Pengusan Hartanah Dapat Membantu Pemilik Rumah?




Sistem Pengurusan Hartanah biasanya mampu untuk mengurus semua jenis hartanah, daripada sebuah rumah milik keluarga kepada satu kompleks kondominium.
Tanggungjawab Sistem Pengurusan Hartanah bergantung kepada servis yang ada pilih dan berdasarkan terma yang telah dipersetujui dalam kontrak, termasuk:


Bertanggungjawab Ke Atas Sewa Rumah




Sistem Pengurusan Hartanah akan bertanggungjawab dalam menetapkan kadar sewa, menerima wang sewaan daripada penyewa dan juga menyeleraskan kadar sewa mengikut harga kompetitif di pasaran hartanah semasa.


Bertanggungjawab Mengurus Penyewa


Salah satu tanggungjawab utama Sistem Pengurusan Hartanah ialah mengurus penyewa. Sistem ini akan melakukakn tugas menyeluruh membabitkan penyewa, bermula dari mencari penyewa yang sesuai, menyelesaikan aduan daripada penyewa termasuk memastikan penyewa menggosongkan rumah sekiranya perlu.


Bertanggungjawab untuk Penyelenggaraan dan Baik Pulih


Sistem Pengurusan Hartanah akan bertanggungjawab untuk pengurusan fizikal setiap rumah, termasuk penyelenggaraan biasa dan juga baik pulih yang perlu dilakukan dengan segera.


Bertanggungjawab untuk Mengurus Bajet dan Mengemaskini Data & Maklumat


Sistem ini juga bertanggungjawab dalam mengurus bajet khusus untuk sesebuah rumah dan mengemaskini semua data dan maklumat yang berkaitan.

Mengurus Bajet –  Sistem ini akan memastikan segala perbelanjaan untuk sesebuah rumah dilakukan mengikut bajet yang telah ditetapkan oleh pemilik rumah tersebut. Ini dapat mengelakkan pembaziran atau ketirisan berlaku sekiranya terdapat kerosakan pada rumah yang memerlukan baik pulih dengan segera dan sistem ini dapat memastikan setiap perbelanjaan dapat dilakukan dengan segera.

Mengemaskini Data dan Maklumat – Sistem ini akan bertanggungjawab untuk menyimpan segala data dan maklumat yang berkaitan dengan sesebuah rumah. Ini termasuk data pendapatan dan perbelanjaan, senarai pemeriksaan, kontrak berkaitan, penyelenggaraan, rungutan penyewa, rekod dan kos baik pulih, rekod pembayaran sewa dan juga kos berkaitan dengan insurans.


Bertanggungjawab Untuk Cukai


Sistem Pengurusan Hartanah juga dapat membantu pemilik rumah untuk lebih peka tetap cukai-cukai yang perlu dijelaskan dan bagaimana untuk membayar cukai berkenaan. Sistem ini juga dapat membantu pemilik rumah menjelaskan cukai


No comments:

Powered by Blogger.