Header Ads

Irispay E-Concept Store: Adaptasi Konsep Amazon Go Di Malaysia





Beberapa tahun lepas, kita sentiasa mengimpikan satu pengalaman membeli-belah di mana kita tidak perlu beratur untuk membayar barang di kedai serbaneka seperti 7-Eleven. Kini, ianya menjadi realiti melalui Konsep Kedai Serbaneka Tanpa Pekerja (Unmanned) yang tidak memerlukan wang tunai untuk melakukan sebarang pembayaran.

Syarikat teknologi gergasi seperti Amazon telah melancarkan Kedai Serbaneka Tanpa Pekerja mereka sendiri iaitu Amazon Go di Seattle. Namun, ianya hanyalah untuk kegunaan pekerja mereka sendiri masa sekarang dan tidak dibuka untuk umum. Di China, Konsep Kedai Serbaneka Tanpa Pekerja telah menjadi trend dengan menyaksikan pelaburan daripada syarikat teknologi gergasi di China seperti Alibaba and Tencent.

Kini, rakyat Malaysia juga telah boleh merasai pengalaman membeli barangan di Kedai Serbaneka Tanpa Pekerja yang ditawarkan oleh Irispay E-Store Concept di Subang Jaya. Kedai Serbaneka ini boleh dianggap sebagai pertama di Malaysia. Ianya dimiliki sepenuhnya oleh Iris World International Group Berhad.

Irispay E-Concept Store terletak di dalam sebuah lot kedai dengan 8 mesin layan diri yang beroperasi selama 24 jam sehari. Kedai Serbaneka Tanpa Pekerja ini menggunakan teknologi seperti pembayaran secara atas talian melalui platform pembayaran seperti Irispay, Visa Card, Master Card, Union Pay and Alipay. Ianya juga tidak mempunya sebarang kaunter pembayaran dan pekerja di dalamnya. 

Untuk masa ini, Irispay E-Concept Store menawarkan pelbagai produk dari 6 negara iatu Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, China dan Malaysia. 

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Kedai Serbaneka Tanpa Pekerja dan peluang perniagaan yang ditawarkan oleh Irispay E-Concept Store, anda boleh menghadiri Perkongsian Peluang Perniagaan oleh Irispay. Daftar minat anda di sini: https://goo.gl/forms/f50ucXoUNxD9as0Y2

No comments:

Powered by Blogger.