Wednesday, 28 February 2018

Golongan Millennial Akan Mengubah Industri Hartanah Masa Depan





Golongan millennial atau dikenali sebagai Gen Y telah membesar seiring dengan perkembangan teknologi yang pantas, sekaligus memberi keutamaan yang berlainan berbanding genenasi sebelum mereka.

Dilahirkan di antara tahun 1980 hingga 2000, generasi ini merupakan golongan terbesar di dalam sejarah peradaban manusia. Mereka dapat menyaksikan bagaimana gangguan teknologi terbesar berlaku, peralihan kepada konsep ekonomi baru dan pekerjaan yang baru diwujudkan di dalam era mereka.

Bagaimanapun, kesan ekonomi yang negatif pada masa kini telah menyebabkan kadar pengangguran terus meningkat dan sekaligus menyebabkan generasi millennial mengalami masalah kewangan yang serius berbanding generasi sebelum mereka. Masalah utama berpunca daripada komitmen kewangan yang tinggi seperti pembayaran pinjaman kewangan peribadi.

Justeru, ramai di antara mereka memilih untuk tidak mempunyai komitmen kewangan yang tinggi pada usia muda dengan tidak memberi keutamaan kepada perkahwinan dan juga pemilikan rumah. Satu kajian di Amerika Syarikat mendapati hanya 23% daripada mereka yang berumur dari 18-31 tahun telah berkahwin dan memiliki rumah sendiri.


Bagaimanapun, bagi golongan millennial yang berumur 25-41 tahun mungkin akan lebih berminat untuk memiliki rumah disebabkan keinginan untuk menetap di kediaman sendiri semakin meningkat dan sekaligus akan melonjakkan jualan hartanah.


Pada masa sekarang, kebanyakkan mereka lebih berminat untuk menetap bersama ibu bapa atau hanya menyewa sesuatu unit. Namun, kaji selidik menunjukkan bahawa mereka berminat untuk memiliki rumah sendiri pada masa hadapan.



Golongan Muda Lebih Memilih Kemudahan Berbanding Memiliki Rumah Sendiri


Pada masa kini, golongan millennial lebih memilih kemudahan dan akses yang cepat berbanding memiliki rumah sendiri. Bukan sahaja rumah, mereka juga kurang berminat untuk memiliki barangan yang memerlukan komitmen yang tinggi seperti kereta atau barangan mewah. Ini kerana mereka lebih memilih untuk menggunakan perkhidmatan yang menyediakan akses kepada barangan tersebut tanpa sebarang bebanan untuk memilikinya seperti Uber dan Grab. Ini merupakan contoh terbaik bagaimana teknologi mampu memberi impak negatif kepada pasaran ekonomi tradisional.



Kepentingan Pemilikan Rumah Kepada Golongan Millennial


Barangan keperluan yang kebiasaanya mesti dimiliki oleh generasi sebelum sudah menjadi tidak relevan kepada golongan muda. Sebagai contoh, keperluan untuk memiki kereta sudah tidak menjadi satu kemestian kepada golongan muda. Bagaimanapun, memiliki rumah sendiri masih lagi menjadi keutamaan tetapi ianya untuk mereka yang sudah berumur dan memiliki kewangan yang stabil.



Kepentingan Jenama Untuk Sesebuah Perniagaan


Hubung-kait teknologi dan golongan millennial yang rapat telah mengubah ekosistem perniagaan di Malaysia. Perkara ini didorong oleh akses yang mudah untuk maklumat seperti informasi produk, ulasan pengguna dan perbandingan harga yang boleh diperolehi di hujung jari sahaja. Oleh itu, tidak pelik sekiranya golongan muda lebih memilih untuk membeli produk yang mudah diperolehi dengan harga paling minimum.

Lebih 57% golongan muda membandingkan harga di platform digital sebelum mereka membeli sesuatu produk. Situasi ini menjurus kepada peningkatan kepada popularity jenama atas talian yang meliputi fesyen, produk kecantikan & kesihatan, dan barangan elektronik.



Kelebihan Media Sosial


Sekiranya banyak jenama telah dilihat mengalami kerugian, sebaliknya berlaku kepada dunia media sosial. Generasi millennial dilihat lebih gemar untuk membeli barangan online dan juga bertukar pendapat atau berkongsi pengalaman. Mereka lebih memilih jenama mesra media sosial untuk memudahkan urusan harian mereka.



Adakah Trend Terkini Golongan Millennial Mengganggu Pasaran Hartanah?


Jika dilihat pada trend masa kini, golongan millennial dilihat akan melakukan perbandingan sebelum membeli sesuatu aset. Mereka akan lebih tertarik untuk membeli kediaman yang menawarkan kemudahan yang sesuai dengan gaya hidup mereka. Golongan muda juga akan menjadi lebih cerewet dalam membuat keputusan membeli rumah untuk mengelak dibebani hutang yang melampau pada usia muda.

Banyak bandar utama di seluruh dunia mengalami masalah dalam menyediakan rumah mampu milik untuk penduduk tempatan. Hal ini mendorong golongan millennial untuk menyewa berbanding membeli kediaman yang diluar kemampuan mereka.

Peningkatan populariti jual beli atas talian telah mengubah bagaimana kita membeli sesuatu produk. Keperluan untuk memiliki kedai fizikal juga tidak menjadi kewajiban untuk para peniaga. Pusat membeli-belah juga mengalami masalah yang sama di mana kita dapat menyaksikan banyak lokasi membeli-belah telah diubah suai untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup masa kini golongan muda.

Ruang pejabat juga akan mengalami transformasi. Perniagaan yang terletak di dalam bangunan lama akan mengalami masalah untuk menarik golongan muda bekerja di situ disebabkan mereka lebih memilih konsep ruang kerja bersama yang nyata mampu meningkatkan produktiviti. Justeru, pemiik bangunan perlu berfikir di luar kotak untuk menarik golongan muda bekerja di tempat mereka.

Kadang-kala, tingkah laku generasi muda pada masa kini tidak disenangi oleh golongan terdahulu. Namun, ianya adalah realiti masa kini. Generasi muda akan mengubah cara bagaimana kita bekerja untuk menjadi lebih kompetitf di dalam dunia ekonomi digital ini.

Golongan millennial akan mengubah masa depan pasaran hartanah di Malaysia  amnya dan juga dunia secara khususnya. Masyarakat perlu bersedia untuk menyesuaikan diri untuk memenuhi keperluan generasi ini.


Artikel asal telah diterbitkan dalam Bahasa Inggeris di starproperty.my (
http://www.starproperty.my/index.php/articles/property-news/millennials-and-the-coming-real-estate-disruption/). Ianya ditulis oleh Pengerusi Eksekutif AREA Management Sdn. Bhd., Datuk Stewart Labrooy.

Thursday, 8 February 2018

Pantai Dalam: Hotspot Terbaru Untuk Pelaburan Hartanah



Pantai Dalam merupakan nama yang tidak asing lagi di kalangan rakyat tempatan terutamanya warga Lembah Klang, Ianya merupakan satu kawasan residensi terletak di selatan-barat Kuala Lumpur dan berada dalam pentadbiran parlimen Lembah Pantai. Sejak kebelakangan ini, pembangunan di Pantai Dalam telah meningkat secara mendadak. Para pemaju hartanah telah menjadikan Pantai Dalam sebagai keutamaan untuk pembangunan baru.

Kedudukan Pantai Dalam yang strategik telah mendorong kepada situasi ini. Pantai Dalam terletak hanya 5 minit dari Bangsar. Ianya juga telah dianggap sebagai lokasi premium di pinggir bandar. Populasi penduduk di Pandai Dalam terdiri daripada 49% Melayu, 19% Cina dan 32% India,


Jadi apakah kelebihan Pantai Dalam yang membuat para pemaju hartanah berlumba-lumba untuk melabur di sini?





Lokasi Yang Strategik


Secara keseluruhan, kawasan Pantai Dalam terbentuk daripada beberapa kawasan residensi iaitu:


1. Pantai Hillpar
2. Kampung Pantai
3. Taman Bukit Angkasa
4. Pantai Baru
5. Kampung Pasir
6. Taman Pantai Dalam.


Pantai Dalam juga dikelilingi banyak kemudahan seperti:


 1. SK Methodist
2.  SMK Seri Panta
3.  Universiti Malaya
4.  Mid Valley & The Gardens
5. Bangsar Village Shopping Centre



Akses Yang Mudah



Akses keluar masuk Pantai Dalam ke lokasi lain di Lembah Klang seperti Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Bangsar, Mont Kiara, dan Petaling Jaya menjadi lebih mudah dengan kewujudan lebuhraya di sekitarnya seperti Lebuhraya Sprint (Kerinchi Link), New Pantai Expressway (NPE), dan Lebuhraya Persekutuan.

Satu jalan penghubung terbaru sedang dibina yang akan menghubungkan pembangunan bercampur Pantai Sentral Park dan kawasan Pantai Dalam-Kerinchi dengan New Pantai Expressway (NPE). Projek ini dilaporkan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan.







Sistem Pengangkutan Yang Efisyen



Bas (Perhentian Bas di Bengkel Motosikal Jalan Pantai Dalam, Jejantas Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam, Klinik Kesihatan Jalan Pantai Dalam, Selepas Pasar Jalan Pantai Dalam)

Keretapi (Stesen LRT Kerinchi dan Abdullah Hukum, Stesen KTM Pantai Dalam dan Angkasapuri)



Pembangunan Baru di Pantai Dalam



Pembangunan terbaru oleh IJM Land di Pantai Dalam dikenali sebagai Pantai Sentral Park



IJM Land dan Amona Development Sdn. Bhd. telah bekerjasama untuk membangunkan Pantai Sentral Park dengan nilai pembangungan kasar berjumlah RM2.5 bilion. Pantai Sentral Park akan menjadikan kehidupan lestari sebagai model untuk pembangunan ini dengan mengabungkan kejuruteraan bersama alam sekitar untuk keperluan gaya hidup masa kini.

Selain itu, Ancubic Capital Sdn. Bhd. juga merancang untuk melancarkan projek apartment terbaru bernilai RM700 juta di Pandai Dalam yang dijangka bermula hujung tahun ini. Untuk pembangunan ini, mereka menyasarkan golongan professional muda yang bekerja di sekitar Pantai Dalam. Pembangunan seluar 2 ekar ini terletak di tengah Pantai Dalam.



Pandangan Mengenai Pandai Dalam



Menetap di Pantai Dalam jelas mampu memberi kemudahan dengan akses yang mudah ke pelbagai lokasi. Anda juga tidak perlu risau mengenai kesesakan trafik dengan wujudnya pengangkutan awam yang berdekatan di Pantai Dalam.


Dengan kewujudan banyak pembangunan hartanah terbaru di Pantai Dalam, anda perlu merebut peluang ini dengan sebaiknya. Dengan harga yang berpatutan dan bayaran bulanan yang rendah, juga kemungkinan anda boleh menjadikan hartanah tersebut sebagai tumpuan untuk sewa jangka pendek seperti Airbnb, ianya satu peluang yang tidak patut anda lepaskan. 


Anda berminat dengan projek hartanah di Pantai Dalam? Daftar sekarang dan kami akan hubungi anda.



Bagaimana Lease Option Mampu Memudahkan Anda Untuk Memiliki Rumah?





Lease Option adalah satu alternatif dalam pembelian rumah melalui perjanjian sewa beli berdasarkan konsep Rent-to-Own yang membolehkan pengguna membeli rumah selepas 3 atau 5 tahun menyewa.
Ianya ditawarkan oleh Wonderlist Property melalui https://lease.wonderlist.property/





Pembeli Rumah


1. Pertama sekali, bakal pembeli rumah perlu mencari rumah pilihan yang menawarkan Lease Option sebagai satu alternatif untuk pembelian rumah berkenaan.

2. Selepas anda telah menemui hartanah yang boleh dibeli melalui Lease Option, anda boleh berunding bersama pemilik rumah mengenai terma dan syarat-syarat di dalam perjanjian sewa beli.

3. Pemilik rumah telah bersetuju dengan tawaran anda – Tahniah! Namun, sebelum menandatangani sebarang perjanjian, anda perlu memastikan telah membaca dan memahami segala isi kandungan perjanjian tersebut.

4. Inilah masa yang anda nantikan. Anda telah boleh berpindah masuk ke rumah baru anda.

5. Bergantung kepada perjanjian sewa beli, anda mempunyai pilihan untuk membeli rumah yang anda duduki selepas 3 atau 5 tahun tempoh penyewaan. 


Pemilik Rumah


1. Anda akan menerima tawaran daripada bakal pembeli untuk membeli rumah anda melalui Lease Option.

2. Setelah anda berpuas hati dengan tawaran tersebut, anda boleh menerimanya secara formal.

3. Sekarang, anda boleh menjemput bakal pembeli rumah untuk meninjau hartanah berkenaan.

4. Selepas menerima tawaran akhir daripada pembeli, anda boleh menandatangani perjanjian Lease Option bersama dengan pembeli rumah.

5. Segala bayaran sepanjang tempoh penyewaan dan bayaran baki pembelian yang dilakukan oleh pembeli selepas tamat tempoh penyewaan, anda dikreditkan secara terus ke dalam akaun pilihan anda melalui sistem pembayaran yang disediakan oleh Wonderlist Property.



Sunday, 4 February 2018

Mengapa Aplikasi Telefon Pintar Satu Keperluan Untuk Industri Hartanah?





Pada hari ini, masyarakat terlalu bergantung kepada telefon pintar dan gajet. Mereka menggunakannya hampir untuk semua tugasan harian seperti memesan makanan tengahari atau mencari pengangkutan ke pusat membeli-belah. Untuk para peniaga, apa yang boleh diperolehi daripada teknologi masa kini adalah peluang untuk meraih lebih keuntungan di mana kita menyaksikan banyak perniagaan telah menggunakan aplikasi telefon pintar sebagai salah satu platform perniagaan mereka.

Pasaran hartanah tidak perlu ketinggalan dalam trend ini, walaupun kebiasaannya transaksi di dalam bidang hartanah berlaku dalam dunia nyata dan melibatkan pertemuan antara penjual dan pembeli.

Pada masa kini, bakal pembeli rumah adalah pengguna utama dalam platform digital. Justeru, satu sistem yang berkeupayaan untuk menyediakan data yang boleh diakses di mana sahaja perlu diwujudkan untuk memenuhi keperluan bakal pembeli rumah.

Oleh hal berkenaan, aplikasi telefon bimbit dapat mewujudkan ekosistem yang baru di dalam pasaran hartanah di Malaysia. 


Informasi dan Data yang Komprehensif


Untuk bakal pembeli rumah, kepercayaan adalah satu faktor yang penting dalam proses pembelian rumah dari penjual. Oleh itu, setiap aplikasi telefon pintar perlu mampu untuk menyediakan data yang komprehensif dan mampu dipercayai untuk menarik minat bakal pembeli.
Aplikasi telefon pintar untuk hartanah perlu menyediakan maklumat yang penting dan diperlukan oleh bakal pembeli rumah seperti:

  •         Harga yang ditawarkan
  •          Keluasan rumah
  •          Keluasan tanah
  •          Lokasi
  •          Jenis hak milik
  •          Kondisi rumah
  •          Perabot/kelengkapan rumah disediakan atau tidak
  •          Status kaveat


Sekiranya anda mampu untuk menyediakan semua maklumat ini di dalam satu platform digital, anda mungkin berada satu tahap di hadapan pesaing anda yang lain.


Teknologi Terbaru untuk Industri Hartanah


Kebelakangan ini, kita telah menyaksikan pelbagai teknologi dan gajet terbaru yang berupaya untuk melakukan banyak perkara. Teknologi seperti Augmented Reality yang boleh digunapakai dalam proses ubah suai rumah dan Virtual Reality boleh digunakan untuk mengganti ejen hartanah dalam melawat rumah yang ingin dibeli bersama pembeli rumah.

Sebagai contoh, di Santa Clara, California, sebuah firma pengurusan hartanah, Zenplace, telah menggunakan robot untuk membantu ejen hartanah mereka yang terlampau sibuk untuk melakukan tinjauan rumah secara maya bersama bakal pembeli melalui sebuah robot.


Firma pengurusan hartanah, Zenplace, menggunakan robot untuk menggantikan ejen mereka



Selain itu, IKEA, gergasi perkakasan rumah dari Sweden telah mencipta sistem Augmented Reality melalui aplikasi telefon pintar mereka untuk membantu pembeli mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai barangan yang ingin dibeli dan diaplikasikan secara terus di dalam rumah mereka.


Aplikasi Augmented Reality yang disediakan oleh IKEA


Dengan perkembangan teknologi seperti ini, aplikasi telefon pintar yang komprehensif dan terkini mampu menjadi platform yang sesuai untuk menampung keperluan pengguna masa kini.


Meningkatkan Kualiti Komunikasi dan Khidmat Pelanggan


Terdapat banyak kelebihan daripada aplikasi telefon pintar untuk industry hartanah. Salah satunya ialah meningkatkan kualiti komunikasi dan khidmat pelanggan yang efisyen untuk perniagaan anda. Anda mampu untuk berkomunikasi secara terus dengan pelanggan anda melalui fungsi Live Chat yang boleh diintegrasikan ke dalam aplikasi telefon pintar. Selain itu, pelanggan anda juga mampu untuk menghubungi anda dengan lebih mudah.



Menarik Minat Generasi Muda Untuk Membeli Hartanah


Pada masa kini, terdapat ramai pembeli rumah yang terdiri daripada golongan muda berumur 25 tahun ke atas. Oleh itu, anda perlu menyediakan satu platform yang mampu menarik minat mereka seperti aplikasi telefon pintar. Golongan muda menggunakan telefon pintar hampir keseluruhan hari mereka dan fakta ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk menarik minat mereka ke arah industri hartanah.

Oleh itu, sekiranya anda berada di dalam industri ini, anda perlu mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan aplikasi telefon pintar untuk perniagaan anda. Ini adalah masa depan, anda tidak patut ketinggalan di belakang!

Salah satu jenama hartanah di Malaysia, Wonderlist Property tidak mahu ketinggalan di dalam 'perang' digital ini. Mereka mempunyai platform digital yang komprehensif seperti wonderlist.property. Mereka juga menyediakan aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun melalui platform android dan iOS.