Pada 21 Januari 2018 yang lepas bertempat di Hotel Armada Petaling Jaya, telah berlangsung satu acara yang dianjurkan oleh Wonderlist Property iaitu "Embrace Charity with Feng Shui 2018". Acara ini memberi fokus kepada Feng Shui yang disampaikan oleh pakar Feng Shui terkemuka di Malaysia, Prof. Joe Choo.
Hampir 100 peserta telah hadir untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai ramalan 2018 melalui ilmu Feng Shui. Pendaftaran peserta bermula tepat pada 1.30 petang dan acara dimulakan pada 2.15 petang. Acara ini juga ditaja oleh Forest City, Sunsuria, Reddoor Properties, Ancubic Capital dan Slimming Sanctuary.
| Pendaftaran perserta bermula tepat pada pukul 1.30 petang. Hampir 100 peserta telah menghadiri acara ini. |
| CEO Wonderlist Property, Ray Chung bersama dengan penaja-penaja "Embrace Charity with Feng Shui 2018" |
Penyampaian oleh Prof. Joe Choo sangat bermanfaat kepada peserta yang hadir. Ianya bermula dengan ramalan umum mengenai dunia dan industri yang akan menyerlah pada tahun ini. Berdasarkan ramalan Prof. Joe, industri yang menyerlah pada tahun ini adalah industri berasaskan api, perkayuan dan perairan.
Selain itu, Prof. Joe juga berkongsi mengenai ramalan untuk setiap bulan yang dinamakan bulan lunar untuk sepanjang tahun 2018. Ianya meliputi ramalan cuaca dan ekonomi untuk setiap bulan tersebut.
Antara topik utama di dalam Feng Shui ialah governing planet ataupun planet memerintah. Di dalam topik ini, Prof. Joe membincangkan unsur-unsur yang berkuasa pada tahun ini dan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan yang terbaik daripada unsur tersebut. Tarik-tarikh penting pada tahun 2018 mengikut Feng Shui juga turut dibincangkan di dalam acara ini.
| Prof. Joe Choo menyampaikan perkongsian Feng Shui kepada peserta yang hadir. |
Acara cabutan bertuah juga dijalankan pada program "Embrace Charity with Feng Shui 2018" menyaksikan peserta yang bertuah membawa pulang hadiah lumayan seperti wang tunai, baucar daripada penaja dan juga buku yang ditulis sendiri oleh Prof. Joe Choo.
| Para pemenang cabutan bertuah yang berjaya membawa pulang wang tunai, baucar daripada penaja dan juga buku yang ditulis oleh Prof. Joe Choo. |
Acara ini berakhir tepat pada pukul 5.00 petang. Rata-rata peserta telah memberi respon positif terhadap pengisian yang telah disampaikan oleh Prof. Joe Choo. Wonderlist Property ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini terutamanya para penaja dan peserta yang hadir.










