Wednesday, 27 December 2017

Rumah Lelong: Apa Yang Anda Perlu Tahu




Untuk kebanyakan pembeli rumah, terutamanya pembeli rumah pertama, mereka perlu berhati-hati dalam pembelian rumah dengan mengikut keperluan dan kemampuan. Namun, ramai pembeli rumah lupa bahawa harga yang ditawarkan mempunyai beberapa kos tambahan seperti faedah pinjaman kewangan, cukai tanah, kos penyelenggaraan,, kos untuk proses renovasi rumah dan lanskap.


Disebabkan oleh faktor-faktor ini, pembeli rumah pertama perlu melakukan kajian terperinci sebelum membeli rumah idaman mereka. Pembeli rumah perlu mengenalpasti beberapa kaedah alternatif yang boleh dijadikan pilihan dalam pemilikan rumah yang sesuai dengan bajet utama dan keperluan mereka.



Salah satu kaedah yang boleh dipertimbangkan oleh pembeli rumah pertama adalah melalui rumah lelong di mana kebiasaannya rumah boleh dibeli dengan harga di bawah pasaran. Ini adalah satu pilihan yang terbaik untuk pembeli rumah pertama dengan bajet yang minimum.

Di dalam jualan konvensional, harga rumah kebiasaannya bergantung kepada beberapa faktor seperti harga rumah di kawasan sekitar, bekalan dan permintaan terkini dan harga yang ditetapkan oleh penilai hartanah. Bagi kebanyakan rumah yang dijual melalui pasaran terbuka, harga rumah berkenaan telah ditetapkan oleh ejen hartanah yang telah dilantik oleh pemiilik rumah tersebut. Namun, bagi rumah lelong, pembeli mempunyai kuasa untuk menetapkan harga yang sesuai mengikut bajet yang mereka ada.

Selain itu, di dalam proses lelong, sekiranya anda memang berminat untuk mendapatkan sesuatu kediaman, anda perlu memastikan bahawa anda telah bersedia untuk membayar penuh atau sebahagian daripada harga rumah tersebut. Ini kerana, rumah yang dilelong akan dijual dengan segera selepas proses lelong berakhir. Ini berbeza dengan jualan rumah di pasaran terbuka di mana kebanyakan rumah akan mengambil masa yang lama untuk dijual. 




Namun, anda perlu berhati-hati dengan harga yang menarik untuk rumah lelong kerana anda perlu meneliti kediaman tersebut secara menyeluruh. Ini untuk mengelak anda daripada menanggung kos tersebunyi selepas anda membeli rumah berkenaan seperti cukai atau bil utiliti tertunggak. Jika anda mengabaikan perkara ini, anda mungkin terbebab dengan puluhan ribu ringgit disebabkan hutang lapuk pemilik rumah lama.

Tambahan lagi, anda juga perlu memeriksa keadaan rumah lelong tersebut. Namun, kebiasaannya, pihak yang menawarkan rumah lelong tersebut tidak membenarkan pemberiksaan menyeluruh terhadap hartanah tersebut. Bakal pembeli rumah biasanya hanya dibenarkan untuk memeriksa kediaman lelong untuk beberapa minit sahaja. Tanpa pemeriksaan menyeluruh, pembeli yang kurang bernasib baik akan menanggung kos tambahan dalam proses pembaikan rumah lelong berkenaan.

Justeru, anda haruslah sentiasa bersedia dan bertanggungjawab untuk setiap urus niaga yang dilakukan dalam proses jual beli rumah lelong. Jangan membeli rumah lelong secara melulu untuk mengelak kos tambahan atau tersembunyi ditanggung oleh anda. Jika anda ingin mahir di dalam dunia rumah lelong, anda perlu menjadi ejen hartanah anda sendiri dengan mempelajari pasaran hartanah semasa, keperluan masyarakat dan isu perundangan di dalam jualan lelong. Anda juga perlu memikirkan tentang kos tambahan dalam pemilikan rumah seperti cukai tanah, kos penyelenggaraan, kos utility dan juga kos sampingan yang lain. Ini kerana anda tidak boleh meminta wang anda kembali sekiranya tidak berpuas hati dengan rumah lelong yang dibeli walaupun anda terpaksa menanggung RM100,000 untuk baik pulih rumah mahupun RM50,000 hutang lapuk daripada pemilik asal.


WONDERLIST PROPERTY JUGA MENAWARKAN PELBAGAI PILIHAN KEDIAMAN MAMPU MILIK MELALUI PLATFORM DIGITAL KAMI. DAFTAR SEKARANG UNTUK MAKLUMAT LANJUT!


Wednesday, 20 December 2017

Bagaimana Program Sewa-Milik Kediaman (Rent-to-Own) Dapat Membantu Anda Membeli Rumah?




"Rent-to-Own" (RTO) adalah program sewa milik kediaman di mana penyewa perlu menyewa kediaman sehingga 5 atau 10 tahun seperti yang dipersetujui bersama pemilik rumah. Penyewa kemudiannya akan diberi pilihan untuk membeli kediaman tersebut setelah tamat tempoh yang telah ditetapkan.


Skim RTO mampu untuk menyelesaikan penghalang utama dalam proses pemilikan rumah iaitu masalah pembiayaan deposit rumah dan pinjaman perumahan tidak diluluskan oleh pihak bank. Ini disebabkan dalam pembelian rumah secara konvensional, pembeli perlu memastikan mereka mempunyai wang sebanyak 10% dari harga rumah untuk membayar deposit. Perkara ini amat sukar bagi kebanyakan pembeli disebabkan komitmen kewangan lain seperti pinjaman pendidikan atau kereta. Skim RTO juga dapat membantu golongan muda dalam membeli rumah pertama mereka.


Kerajaan Malaysia telah menawarkan Skim RTO melalui projek perumahan PR1MA di mana ianya bertujuan untuk membantu pembeli rumah yang gagal mendapatkan kelulusan pinjaman daripada pihak bank.




Terbaru, Maybank telah muncul institusi kewangan pertama di Malaysia yang menawarkan skim RTO untuk membantu pembeli rumah melalui program HouzKEY. Terdapat 5 syarikat pemaju hartanah terkemuka negara yang menawarkan projek mereka di dalam program ini iaitu S P Setia Bhd (SP Setia), Eco World Development Group Bhd (EcoWorld), Mah Sing Group Bhd, Gamuda Land dan Sime Darby Property.


Kredit: www.edgeprop.my

Selain itu, Wonderlist Property Sdn. Bhd juga menawarkan Program Sewa Milik Kediaman (RTO) melalui Platform Lease Option. Ianya menawarkan alternatif terbaru dalam pembelian rumah dan  bertujuan untuk membantu mereka yang tidak mampu untuk menyediakan jumlah wang yang banyak bagi pembayaran deposit perumahan.


Monday, 11 December 2017

MyDeposit - Bantuan Pembiayaan Deposit Perumahan Sehingga RM30,000!



Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika membentang Rang Undang-Undang Perbekalan (2016) di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2015. Skim ini merupakan satu insentif kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman di mana peruntukan sebanyak RM200 juta akan disediakan oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit.

Disebabkan oleh sambutan hangat rakyat Malaysia, kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan MyDeposit pada tahun 2018. Di sini  kami sediakan untuk anda maklumat menyeluruh mengenai MyDeposit.



1. SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit



  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 tahun ke atas (tiada had umur maksima); 
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah; 
  • Pendapatan isi rumah : - Pendapatan kasar antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan. (Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain); 
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli


2. KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN



Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit:

  • Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale)
  • Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan 
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan

The Herz, yang terletak di Kepong merupakan satu projek yang menepati kriteria pembelian projek perumahan yang dibenarkan melalui Skim MyDeposit

Untuk makluman anda, Wonderlist Property Sdn. Bhd. menyediakan projek-projek yang menepati kriteria pembelian projek perumahan yang dibenarkan melalui Skim MyDeposit ini. Anda boleh melawat platform EziOwn untuk maklumat lanjut. 



3. SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposit



Surat tawaran bersyarat akan dikeluarkan kepada pemohon yang telah ditapis dan diperakukan untuk ditawarkan Skim MyDeposit:
  • Tempoh tawaran bersyarat yang diberikan adalah 30 hari daripada tarikh surat dikeluarkan untuk pemohon untuk memenuhi perkaraperkara berikut:

    i. Menandatangani Surat Setuju Terima Pembiayaan Deposit Rumah Pertama; dan
    ii. Menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan pemaju perumahan atau pemilik rumah. 
  • Sekiranya pemohon gagal mematuhi syarat yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari tersebut, surat tawaran bersyarat ini adalah BATAL dan Kerajaan berhak untuk menolak tuntutan bayaran yang dikemukakan. Kos pembelian rumah tersebut hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon tersebut.


4. KAEDAH PEMBAYARAN DIBAWAH SKIM MyDeposit



Pembayaran Insentif Skim MyDeposit akan dilaksanakan dengan cara berikut :

  • Jumlah insentif MyDeposit bagi satu kelulusan adalah sebanyak 10% daripada harga jualan atau maksima sebanyak RM30,000 yang mana lebih rendah
  • Bayaran ini akan dibayar kepada Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) bagi pembelian projek baharu atau Akaun Peguam Perjanjian Jual-Beli Pembeli bagi pembelian pasaran sekunder (subsale); dan 
  • Tuntutan bayaran insentif hendaklah dibuat oleh pemohon yang diluluskan dengan mengemukakan dokumen tuntutan seperti berikut :

    i. Surat Tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara;
    ii. Surat Setuju Terima Tawaran yang lengkap dan ditandatangani;
    iii. Akuan Bersumpah yang lengkap dan ditandatangani;
    iv. Perjanjian Jual-Beli;
    v. Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan yang telah diakui terima; dan
    vi. Maklumat berkaitan nama dan nombor Akaun Pemaju Perumahan atau nama dan nombor Akaun Firma Guaman Jual Beli pembeli.


5. MORATORIUM 


  • Tempoh sekatan moratorium yang dikenakan selama 10 tahun
  • Syarat moratorium dimasukkan ke dalam surat tawaran pembeli dan surat perjanjian jual beli; dan 
  • Tempoh moratorium dikira bermula selepas Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani.


6. KAEDAH PERMOHONAN 



Permohonan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak. Permohonan boleh dibuat secara online dengan membuka akaun di http://ehome.kpkt.gov.my 

Permohonan yang lengkap adalah dengan memuat naik semua dokumen yang diperlukan iaitu : 
  • Salinan kad pengenalan pemohon; 
  • Salinan kad pengenalan pasangan; 
  • Salinan kad pengenalan / Sijil Kelahiran anak-anak dan tanggungan; 
  • Salinan surat nikah/ Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian; 
  • Penyata gaji terbaru pemohon; 
  • Penyata gaji terbaru pasangan; 
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon; 
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan; 
  • Akaun Bersumpah/ berkanun mengenai jumlah pendapatan bulanan pemohon dan pasangan yang berkerja sendiri dan perlu disahkan oleh Pesuruhjaya sumpah;
  • Surat Pengesahan Majikan Pemohon. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan; 
  • Surat Pengesahan Majikan Pasangan. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan; dan 
  • Surat Pengesahan OKU sama ada pemohon, pasangan atau tanggungan (jika berkaitan).

Untuk memudahkan lagi anda mengira kos-kos yang berkaitan dengan proses pinjaman perumahan, anda boleh mencuba kalkulator kewangan yang tersedia di platform EziOwn

Kalkulator Kewangan di EziOwn.com dapat memudahkan anda mengira kos-kos yang berkaitan dalam pembelian rumah

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai MyDeposit anda boleh terus berkunjung ke: 

Bahagian Pengurusan Perumahan Jabatan Perumahan 
Negara Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan 
Kerajaan Tempatan 
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana,
Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62100 Putrajaya MALAYSIA 

Tel : 603 - 8891 4040 
Fax : 603 - 8891 4226


Sumber: http://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/397


Friday, 8 December 2017

Senarai Skim Perumahan Bantuan Kerajaan Untuk Membeli Rumah Pertama

Pada masa kini, masih ramai yang belum mampu untuk memiliki rumah sendiri. Perkara ini juga didorong oleh harga pasaran perumahan yang terus naik mendadak dan kos sara hidup yang tinggi terutama bagi mereka yang tinggal di bandar besar di Lembah Klang. Berdasarkan daripada artikel yang dikeluarkan oleh Astro Awani, purata harga rumah pada 2016 ialah RM387,258 sedangkan purata pendapatan rakyat Malaysia hanya RM5,228 sebulan.

Ini menjadikan purata harga rumah yang dijual pada masa kini sebagai 'amat tidak mampu milik' berdasaran perkiraan mengikut Pendaraban Medium Demografik Antarabangsa, di mana harga rumah hanya dianggap mampu milik jika ia kurang daripada tiga kali ganda purata pendapatan tahunan isi rumah.

Namun, anda masih mampu untuk memiliki rumah anda sendiri melalui Skim Perumahan yang disediakan oleh kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri.



1. PR1MA






Dengan slogan, 'Rumahku, Komunitiku', Perdananan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda boleh memiliki kediaman di lokasi strategik di seluruh negara.

Syarat-Syarat :

1. Warganerga Malaysia
2. Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami isteri) dari RM2500 hingga RM15,000
4. Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja

Maklumat lanjut: https://www.pr1ma.my



2. RumaWIP






RUMAWIP ialah singkatan kepada Rumah Wilayah Persekutuan. Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.

Syarat-Syarat:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (Suami dan Isteri)
4. Dilahirkan, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan

Maklumat lanjut: https://rumawip.kwp.gov.my/



3. Perumahan Awam DBKL






Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL telah melaksanakan Penjualan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Masjlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Syarat-Syarat:

1.  Warganegara Malaysia
2. Telah berkahwin
3. Pendapatan terkumpul suami isteri hendaklah:
a) Tidak melebihi RM3000 untuk kos rendah
b) Tidak melebihi RM4000 untuk kos sederhana
4. Pemohon hendaklah menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5. Tidak mempunyai rumah atau dalam dalam linkungan 35km dari pusat bandar
6. Berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti

Maklumat lanjut: http://eperumahan.dbkl.gov.my/



4. Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia






Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Syarat-Syarat:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 hingga 65 tahun
3. Pendapatan isi rumah di antara RM750 hingga RM3000 sebulan
4. Pemohon atau pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang
5. Tanah/tapak mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan
6. Keluasan tapak mestilah tidak kurang daripada 2800 kps
7. Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman SPNB

Maklumat lanjut: http://www.spnbmesra.com.my



5. Program Perumahan Rakyat (PPR)







Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara/Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Syarat-Syarat:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan
4. Pemohon belum memiliki rumah
5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

Maklumat lanjut: http://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/26


6. Skim Rumah Pertamaku (SRP)









Skim ini bertujuan untuk membantu golongan muda memperoleh pinjaman kewangan 100% daripada bank yang mengambil bahagian untuk mereka memiliki rumah pertama tanpa membayar deposit 10%. Ini selari dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi pemilikan rumah sendiri di kalangan rakyat.

Syarat-Syarat:

1. Warganegara Malaysia
2. Pembeli rumah pertama Individu berumur tidak lebih 40 tahun
3. Bekerja dalam sektor swasta termasuk badan berkanun yang tidak menawarkan pinjaman perumahan/kewangan penjawat awam
4. Pendapatan kasar pemohon perseorangan tidak melebihi RM5,000/sebulan dan pemohon bersama pendapatan kasar tidak melebihi RM10,000
5. Kadar bayaran balik pinjaman kewangan perumahan mesti tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan bulanan ataupun had maksimum pinjaman yang dibenarkan oleh bank yang menyertai skim ini, yang mana lebih rendah 

Maklumat lanjut: http://www.srp.com.my/bm/



7. Rumah Idaman








SPNB Idaman Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk melaksana pembangunan Rumah Idaman Rakyat (RIR) secara konsep bercampur dengan harga jualan rumah 60% tidak melebihi RM250,000, 40% tidak melebihi RM350,000 seunit dan harga jualan kedai tidak melebihi RM1,000,000 seunit di atas tanah yang dikurniakan oleh kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan atau agensi – agensi kerajaan yang berkaitan.

Maklumat lanjut: https://www.spnbidaman.com.my/




8. Rumah Selangor Ku






Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif rumah mampu iaitu projek Rumah Selangorku milik khusus kepada Penduduk Negeri Selangor sejak tahun 2015 dalam usaha memastikan golongan rendah dan sederhana berpeluang memiliki rumah yang selesa. Projek Rumah Selangorku ini dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Rumah Selangorku yang diluluskan sama ada akan dibina oleh Kerajaan Negeri melalui syarikat swasta atau anak syarikat (GLC). Harga yang ditawarkan adalah dari RM42,000 hingga RM250,000 mengikut kelayakan pendapatan seisi rumah. Pembinaan Rumah Selangorku melibatkan geran sebanyak RM100 juta menggunakan wang rezab negeri.

Syarat-Syarat:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas; 
2. Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
3. Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
4. Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
5. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
6. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
7. Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri 
8. Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa
9. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Maklumat lanjut: http://lphs.selangor.gov.my/



9. Rumah Mampu Milik Pulau Pinang







Skim Perumahan Mampu Milik Pulau Pinang (PMM) merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha menyediakan perumahan berkualiti pada harga mampu milik untuk Rakyat Pulau Pinang. Menerusi skim PMM, Kerajaan Negeri berharap untuk menyediakan pelbagai rumah mampu milik di lokasi-lokasi strategik di seluruh Pulau Pinang.

Syarat-Syarat:

1. Hanya pemohon yang layak sahaja akan didaftarkan. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :-
a)      Warganegara Malaysia
b)      Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
c)      Anak kelahiran Pulau Pinang ATAU bermastautin di Pulau Pinang
d)      Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang
e)      Bekerja di Pulau Pinang
f)       Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik A harga maksimum RM42,000.00;
g)      Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik B harga maksimum RM72,500.00;
h)      Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 6,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C1 harga maksimum RM150,000.00;
i)       Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C2 harga maksimum RM200,000.00;
j)       Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C3 harga maksimum RM300,000.00;
k)      Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A / Jenis B, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia; atau
l)       Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis C1, C2 dan C3 pemohon dan pasangan yang memiliki rumah berharga di bawah harga Rumah Mampu Milik yang dipohon (dengan syarat pemilikan rumah sebelumnya adalah selepas tahun 2008) adalah LAYAK memohon.
2    2. Untuk kategori penjawat awam, pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari Ketua Jabatan masing-masing.
      3. Untuk kategori Talent and Skill Group pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari pihak Invest Penang.
      4. Dokumen yang perlu disertakan bersama permohonan :-
a)      Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri
b)      Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan / Akuan Sumpah Perkahwinan pemohon
c)      Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
d)      Salinan laporan CCRIS pemohon dan isteri / suami (sila rujuk Bank Negara Malaysia cawangan berhampiran)
e)      Salinan slip SPR
f)       Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-
g)      Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji pokok dan elaun tetap bulanan terkini pemohon dan isteri / suami
h)      Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suami
i)       Pengesahan dari pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum
j)       Sekiranya berniaga atau bekerja sendiri sertakan dokumen berikut :-
k)      Borang EA
l)       Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
m)   Salinan penyata KWSP terkini
n)      Akuan Sumpah Pendapatan
o)      Sekiranya tidak bekerja, sertakan dokumen berikut :-
p)      Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
q)      Pengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum;
r)       Salinan Kad Pengenalan OKU (suami/isteri dan tanggungan jika berkaitan)
s)      Bagi pemastautin sekurang-kurangnya 5 tahun di Pulau Pinang, sila sertakan dokumen pengesahan majikan sebagai bukti.
5    5. Jika berlaku pertukaran alamat surat menyurat, Pentadbiran ini hendaklah dimaklumkan dengan mengisi borang pertukaran alamat.
6    6. Surat Akuan Sumpah hendaklah dibuat di Pesuruhanjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan. Akuan yang diperakui oleh selain dari yang diwartakan tidak akan dilayan.
7    7. Permohonan perlu dikemaskini setiap 3 tahun ATAU sekiranya terdapat sebarang perubahan taraf perkahwinan dan gaji.

Maklumat lanjut: https://erumah.penang.gov.my/index.php/ms/





      10. BSN MyHome (Skim ini tamat pada 31/12/2017)



     



      BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) adalah suatu pemberian dalam bentuk pinjaman kepada mereka yang bekerja sendiri atau yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Syarat-Syarat:


1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur antara 18 – 60 tahun.
3. Pemohon Individu / Bersama.
4. Mempunyai bukti bekerja sendiri.
5. Mempunyai pendapatan minima RM1,000 sebulan.
6. Pembiayaan rumah pertama dan untuk didiami sendiri sahaja.
7. Bagi pembiayaan hartanah kos rendah atau sederhana sahaja.

Maklumat lanjut: http://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=146&menuId=&checkMethod=&



Untuk makluman anda, WONDERLIST PROPERTY juga menyediakan pelbagai projek mampu milik yang sesuai untuk keperluan anda. DAFTAR SEKARANG!



Monday, 4 December 2017

Apa Anda Boleh Beli Dengan Bitcoin?




Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin telah mencecah $11,641 atau bersamaan dengan RM47,000. Tiada siapa menyangka perkara ini akan berlaku ketika ianya mula dilancarkan oleh seseorang bernama Satoshi Nakamoto dengan nilai $0.003 pada tahun 2010. Semenjak dari itu, nilai Bitcoin telah meningkat secara mendadak sehingga ianya menjadi salah satu nilai matawang yang sah di dalam urusan jual beli.


Mungkin anda tertanya-tanya apakah yang boleh dibeli menggunakan Bitcoin?



1. Sebuah rumah agam di London boleh dibeli menggunakan Bitcoin!



Rumah agam terletak di Notting Hill, London. Sumber: Business Insider UK 


Bagi mereka yang mempunyai Bitcoin dalam jumlah yang banyak atau mereka yang melabur dalam Bitcoin pada masa ianya mula diperkenalkan, rumah agam ini mungkin boleh dibeli dengan mudah. Menariknya, rumah agam ini dijual dengan harga £17 juta (RM81 juta) telah menarik minat pembeli dari Asia yang berumur kurang dari 30 tahun. 



2. Tempah percutian anda melalui Expedia dengan Bitcoin






Expedia, salah satu platform digital terkenal untuk tempahan percutian telah menerima Bitcoin sebagai medium pembayaran yang sah. Mereka telah bekerjasama dengan Coinbase untuk memudahkan pengguna mereka membelanja Bitcoin untuk mengguna perkhidmatan Expedia. Namun, pada masa ini penggunaan Bitcoin hanya terhad untuk tempahan hotel sahaja.



3. Dapatkan kad hadiah dengan menggunakan Bitcoin







Anda mungkin tidak dapat membelanjakan Bitcoin untuk membeli semua barang yang ada di pasaran. Namun, terdapat cara alternatif iaitu anda boleh mana-mana kad hadiah dari beberapa platform digital yang menjual kad hadiah seperti eGifter. Ianya adalah satu platform digital yang menjual kad hadiah dari pelbagai jenis perniagaan dan juga perkhidmatan.



4. Cafe Bitcoin di Prague



Sumber: The Guardian


Sebuah kafe di Prague boleh dikatakan unik kerana pemiliknya hanya menerima Bitcoin sebagai medium pembayaran. Sekiranya anda berkunjung ke Prague dan memiliki Bitcoin, anda mungkin boleh cuba untuk menghirup kopi di kafe ini dan bayar semuanya di dalam bentuk Bitcoin. Pastikan anda mempunyai Bitcoin sebelum makan atau minum di sini kerana mereka tidak menerima sebarang matawang lain.



5. Makan nasi kerabu di Kelantan dengan Bitcoin



Sumber: Harian Metro


Gerai Jijah NK di Kampung Pauh, Kota Bharu kelihatan seperti warung kecil yang menyediakan sajian nasi kerabu sebagai menu utama. Namun, ramai yang terkejut kerana gerai ini juga menerima pembayaran dalam bentuk Bitcoin. Nasi kerabu di gerai ini boleh dibeli dengan nilai 0.0001 Bitcoin atau bersamaan dengan RM5.