Wednesday, 29 November 2017

5 Fakta Tentang Airbnb Yang Mungkin Belum Anda Ketahui



Airbnb bermula dengan dua orang sahabat yang ingin mencari duit tambahan untuk membayar rumah sewa mereka. Namun, tiada sesiapa menyangkakan bahawa idea mereka itu akan menjadi satu pasaran global yang mempunyai lebih 3 juta pengguna di 65,000 bandar dan 191 negara.

Jadi, kenapa platform ini begitu popular?


BANDAR AIRBNB YANG POPULAR






Bandar cinta iaitu Paris mempunyai penyenaraian Airbnb yang paling banyak dengan 78,000 rekod sewa didaftarkan di dalam platform tersebut. UK menduduki tempat kedua dengan 47,000 kediaman tersenarai dan diikuti New York dengan 46,000 penyenaraian. Menariknya, majoriti (6 dari 10) bandar utama Airbnb terletak di Eropah.


KENAPA AIRBNB MEMPUNYAI RAMAI PENGGUNA?


Antara faktor utama orang memilih Airbnb adalah kerana harga yang ditawarkan, di mana 55% pengguna mengatakan ianya adalah lebih murah berbanding medium lain.

Lokasi juga memainkan peranan penting (33%), diikuti dengan pengalaman yang memuaskan (31%) dan kelainan (24%). Selain itu, sebab utama orang ramai tidak menggunakan platform ini ada kerana faktor kesedaran terhadap jenama Airbnb. Ini kerana 59% menyatakan mereka tidak pernah mengetahui tentang Airbnb. Oleh itu, Airbnb perlu meningkatkan lagi usaha untuk memberi pendedahan kepada orang ramai terutama melalui platform pemasaran tradisional seperti surat khabar dan televisyen. Sebab lain bagi meraka yang tidak mengguna platform itu adalah kerana faktor privasi (32%) dan keselamatan (27%).


NAMUN, ADAKAH AIRBNB LEBIH MURAH BERBANDING HOTEL?


Berdasarkan kajian, pengguna Airbnb dapat menjimatkan banyak wang mereka berbanding mereka yang memilih hotel sebagai tempat penginapan. Secara global, purata perbezaan yang dianggarkan adalah RM408 setiap malam. Bagaimanapun, jika anda menginap di Eropah menggunakan Airbnb, anda boleh menjimatkan RM428 manakala di Amerika Syarikat adalah RM469.


BERAPA LAMAKAH KEBIASAAN ORANG MENGINAP MELALUI AIRBNB?


Kebanyakan pengguna Airbnb menginap selama 3 hingga 5 malam. Terdapat berbezaan berbanding mereka yang memilih hotel di mana hanya 7% pengguna Airbnb menginap untuk satu malam, di mana 25% pengguna hotel menginap untuk tempoh yang sama.


AIRBNB SATU ANCAMAN UNTUK HOTEL?






Sebanyak 42% pengguna yang kebiasaannya memilih hotel telah merubah arah kepada Airbnb pada tahun lepas. Hotel-hotel yang menyasarkan pelancong juga terkesan disebabkan Airbnb. Terdapat juga 31% pengguna yang memilih Airbnb berbanding menginap di kediaman kenalan mahupun keluarga mereka sendiri. Jika trend ini berterusan, industri hotel akan terjejas dengan teruk pada masa hadapan dan ianya pasti akan merisaukan pengusaha hotel.


Artikel asal: https://www.raconteur.net/culture/5-airbnb-facts-you-probably-didnt-know

Sunday, 26 November 2017

Kenapa Sewa Jangka Pendek Lebih Berbaloi Kepada Pemilik Rumah?




Pada 25 November 2017 lepas, bertempat di M101 Skywheel Sales Gallery telah berlangsung satu workshop hartanah yang dihoskan oleh Wonderlist Property dengan kerjasama M101 Skywheel. Workshop kali ini memfokuskan tentang kelebihan Airbnb sebagai satu medium untuk sewa jangka pendek yang semakin mendapat sambutan di kalangan pemilik rumah.

Perkongsian oleh Ray Chung, CEO Wonderlist Property menunjukkan bahawa sewa jangka pendek akan menjadi trend yang hangat di kalangan pemilik rumah dengan kewujudan Airbnb.



Data dari  Airdna menunjukkan purata pulangan sewa harian yang lumayan iaitu RM218 bagi kebanyakan hos  Airbnb sekitar Kuala Lumpur


Data dari Airdna ini juga jelas menunjukkan pulangan yang memuaskan dengan anggaran keuntungan bulanan sebanyak RM2,642.

Selain itu, dengan kehangatan dunia online yang diterajui oleh China melalui syarikat gergasi mereka iaitu Alibaba, trend sewa jangka pendek dijangka akan terus meningkat. Perkara ini juga didorong dengan kewujudan platform-platform digital yang baru seperti Xiaozhu.com, pencabar utama Airbnb di China yang telah mendapat taraf 'unicorn' baru baru ini.

Sekiranya rumah anda terletak di kawasan tumpuan pelancong seperti sekitar KLCC, Bukit Bintang dan juga Midvalley, anda seharusnya memilih Airbnb berbanding konsep sewa jangka panjang yang memberi kadar pulangan yang perlahan.



Antara peserta bengkel yang hadir mendengar perkongsian oleh Ray Chung di M101 Skywheel Sales Gallery pada 25 November 2017.


Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh pemilik sebelum menyenaraikan rumah di Airbnb seperti kos penyelenggaraan dan juga kemungkinan pihak pengurusan kediaman tidak membenarkan sebarang bentuk perniagaan dijalankan di dalam kawasan kediaman.


SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENYERTAI WORKSHOP HARTANAH YANG DI ANJURKAN OLEH WONDERLIST PROPERTY, ANDA BOLEH IKUTI MEDIA SOSIAL KAMI DI FACEBOOKINSTAGRAM DAN JUGA TWITTER UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERBARU.

Thursday, 23 November 2017

Adakah Hiasan Dalaman Rumah Yang Menarik Akan Membebankan Kewangan Anda?




Setiap pemilik rumah pasti inginkan hiasan dalaman rumah yang menarik sama ada untuk didiami sendiri ataupun untuk tujuan sewa/beli. Hiasan dalaman rumah yang menarik pasti akan membebankan pemilik rumah sekiranya mereka gagal untuk merancang sebaiknya.


Andrew Tan dari Recommend.my telah berkongsi tips kepada peserta workshop yang telah diadakan di M101 Skywheel Sales Gallery pada 11 November 2017 anjuran Wonderlist Property dengan kerjasama M101 Skywheel dan Recommend.my.


Antara perkonsian oleh Andrew ialah anda perlu tahu terlebih dahulu konsep yang anda gemarkan. Perkara ini penting untuk memastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan sebelum kerja renovasi dijalankan. Antara konsep yang semakin popular sekarang adalah konsep minimalist dengan penggunaan perabot dan ruang yang minimum. Konsep ini sesuai untuk rumah yang memiliki saiz ruang tamu yang kecil.


Konsep minimalist juga dapat menjimatkan wang anda disebabkan penggunaan perabot dan ruang yang terhad.


Seterusnya, anda perlu tahu bajet yang anda miliki untuk mengelak anda terlebih melakukan perbelanjaan di dalam proses renovasi rumah anda. Pastikan juga konsep yang anda pilih bersesuaian dengan bajet yang anda ada. Sesetengah konsep hiasan dalaman mempunyai kos yang tinggi seperti klasik atau kontemporari.


Selain itu, konsep yang ringkas dan mudah seperti minimalist juga sesuai untuk kegunaan penginapan Airbnb. Ini kerana kebanyakan pengungjung Airbnb lebih gemar rumah yang kemas dan ringkas kerana ianya lebih seleasa dan rumah seperti ini juga tidak mengenakan kadar yang tinggi.


SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENYERTAI WORKSHOP HARTANAH YANG DI ANJURKAN OLEH WONDERLIST PROPERTY, ANDA BOLEH IKUTI MEDIA SOSIAL KAMI DI FACEBOOKINSTAGRAM DAN JUGA TWITTER UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERBARU.

Gandakan Pulangan Sewa Anda Melalui AIRBNB




Wonderlist Property dengan kerjasama M101 Skywheel dan Widebed Sdn. Bhd. telah mengadakan satu workshop hartanah berkenaan Airbnb di M101 Skywheel Sales Gallery, Kuala Lumpur pada 5 November 2017.

Workshop hartanah kali ini memfokuskan tentang bagaimana untuk mengandakan pulangan sewa kediaman anda melalui Airbnb. Airbnb mempunyai 60 juta pelanggan di 34,000 bandar di seluruh dunia. Melalui data ini, ianya jelas satu platform yang baik untuk anda menggunakan kediaman anda sebagai satu punca pendapatan melalui sewa jangka pendek.


Workshop anjuran Wonderlist Property merupakan satu platform terbaik untuk pemaju hartanah, ejen dan pembeli berkongsi perkembangan hartanah terbaru.



Untuk pengetahuan anda, Kuala Lumpur juga telah dipilih sebagai 10 bandar terbaik dunia ekspatriat bagi tahun 2017 yang telah dinilai oleh InterNations, sebuah rangkaian informasi global.

Oleh itu, anda perlu merebut peluang ini dengan secepat mungkin dengan menyenaraikan kediaman anda di dalam platform Airbnb kerana ianya mampu memberi pulangan yang lumayan di era digital ini. 


SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENYERTAI WORKSHOP HARTANAH YANG DI ANJURKAN OLEH WONDERLIST PROPERTY, ANDA BOLEH IKUTI MEDIA SOSIAL KAMI DI FACEBOOKINSTAGRAM DAN JUGA TWITTER UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERBARU.



4 PERKARA YANG PERLU ANDA ELAK SEBELUM MEMOHON PINJAMAN PERUMAHAN



Pada 12 November 2017 bertempat di Aset Kayamas Sdn. Bhd. telah berlangsung satu sesi perkongsian hartanah yang dianjurkan oleh Wonderlist Property dengan kerjasama Aset Kayamas dan Rockwills. Perkongsian ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang perkara yang perlu diambil kira sebelum memohon pinjaman kewangan perumahan.


Vince Chia dari Diligent Planners Sdn.Bhd telah menggariskan beberapa panduan yang amat berguna untuk difikirkan bagi kebanyakan orang terutama mereka yang bercadang untuk membeli rumah pertama. Vince Chia turut menyenaraikan 4 perkara yang perlu anda elak untuk memudahkan pinjaman perumahan anda dilulukan oleh pihak bank.


Vince Chia ketika menyampaikan perkongsian dalam workshop hartanah anjuran Wonderlist Property pada 12 November 2017 di Aset Kayamas Sdn. Bhd.


1. ELAKKAN PAJAK GADAI





Anda perlu cuba untuk mengelak daripada menggunakan perkhidmatan pajak gadai kerana ianya akan memberi persepsi negatif kepada pihak bank bahawa anda mengalami masalah kewangan. Perkara ini sekaligus akan membuat pihak bank ragu-ragu untuk meluluskan permohonan pinjaman perumahan anda.



2. PENGSTRUKTURAN SEMULA PINJAMAN





Perkara seperti ini akan melambatkan tempoh untuk pihak bank meluluskan pinjaman kewangan anda kerana mereka perlu meniliti semula maklumat anda sebelum membuat sebarang keputusan.



3. STATUS AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK)





Sekiranya anda di bawah mana-mana program kelolaan AKPK, anda juga akan mengalami kesukaran untuk mendapat kelulusan pinjaman perumahan oleh pihak bank.



4. TERDAPAT BANYAK PERMOHONAN PINJAMAN KEWANGAN




Sekiranya anda memohon banyak pinjaman kewangan perumahan dari bank yang berbeza, dan semua pinjaman tersebut masih di dalam proses permohonan, pihak bank juga sukar untuk meluluskan pinjaman perumahan anda.


Jadi, anda perlu bijak untuk merancang dengan  teliti sebelum merancang untuk memohon pinjaman kewangan anda.


SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENYERTAI WORKSHOP HARTANAH YANG DI ANJURKAN OLEH WONDERLIST PROPERTY, ANDA BOLEH IKUTI MEDIA SOSIAL KAMI DI FACEBOOK, INSTAGRAM DAN JUGA TWITTER UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERBARU.

Monday, 20 November 2017

Kuala Lumpur Di Kedudukan Ke 4 Bandar Terbaik Dunia Bagi Ekspatriat


Persekitaran yang mesra di Kuala Lumpur dan suasana kerja yang selesa telah memudah ekspatriat menyesuaikan diri di negara ini sekaligus meletakkan Kuala Lumpur di tempat keempat daripada 51 bandar seluruh dunia di dalam Kedudukan Bandar Ekspatriat Terbaik 2017.

Kuala Lumpur terpilih sebagai 10 Bandar Terbaik di Seluruh Dunia bersama Manama (1), Prague (2), Madrid (3), Amsterdam (5), Barcelona (6), Johannesburg (7), Bangkok (8), Basel (9), dan Frankfurt. Kebanyakan ekspatriat menilai tahap kemesraan terhadap penduduk asing dengan positif di Manama (84%), Amsterdam (83%), Kuala Lumpur (78%), dan Madrid (74%), berbanding nilai purata global iaitu 67%.

Ibu kota kecil Bahrain iaitu Manama dan juga bandar popular seperti Madrid dan Kuala Lumpur amat dihargai oleh para ekspatriat disebabkan faktor mudah menyesuaikan diri di bandar-bandar ini.

Kredit: ohmyexpatlife.com


Seorang ekspatriat dari Afrika Selatan yang tinggal di Kuala Lumpur mengakui selesa di negara ini kerana persekitaran yang memudahkan kerja seharian beliau dan juga masyarakat tempatan yang mesra.

Kedudukan ini dinilai daripada data tahunan yang dikumpul melalui tinjauan Expat Insider, yang dijalankan oleh InterNations, sebuah rangkaian informasi global.

Tinjauan tersebut melibatkan 13,000 ekspatriat dari 166 negara yang tinggal di 188 buah negara atau bandar dan melibatkan setiap aspek kehidupan seharian ekspatriat.

Selain menyediakan analisis yang mendalam mengenai kehidupan ekspatriat di 51 buah bandar, tinjauan ini jugak menilai setiap bandar melalui faktor-faktor lain seperti kualiti kehidupan bandar, kadar penyesuaian diri, kualititi kerja di bandar dan juga kewangan serta perumahan.


Artikel asal oleh Edge Property


For English version, click here

M101 Skywheel - New Landmark in Malaysia


We’ve heard about the tallest building in the world, Burj Khalifa in Dubai which include elites’ residential units, but now the world focus might be directed to Malaysia with the construction of M101 Skywheel. Built on freehold land along the main artery of KL, Jalan Tun Razak, right within the business and entertainment center of KL, M101 Skywheel will become our nation latest landmark next to KLCC.
The iconic M101 Skywheel developed by a prudent developer, M101 Holdings Sdn Bhd that was founded in 2012 by Dato’ Seth Yap Ting Hau. M101 Skywheel will become a catalyst to put Malaysia as a top-ranked country in property tourism. The developer had partnered with world famous Studio F.A. Porsche to design the Design Suites that would make the building more prestigious.
M101 SkyWheel consists of two 78-storey towers that will house about 1,200 small office, flexible office (SoFo) units, the 94 Design Suites, the world’s highest shopping mall that extends from the 50th to 52nd level with over 200,000 sq ft of retail space, the first Planet Hollywood Hotel in Asia and a mass rapid transit (MRT) station at the basement.
Another prominent feature of M101 Skywheel is the world’s highest ferris wheel, Sky Ferries Wheel, built on the 52nd level, which has a vantage point of 220m above the ground.
When completed in 2021, the owners of the units would be able to enjoy various smart integrations in a minimalist contemporary interior, such as the “magic” TV concept, which is integrated into the glass surface and only comes to life when it is switched on. The owners of the Design Suites will not only have an amazing view of the KL skyline, they will also be able to enjoy facilities such as an infinity pool, gym and sauna on the 78th floor.
The fully-furnished Design Suites, housed at the top of Tower A of M101 SkyWheel will come in three layouts option with built-up sizes of 1,018 sq ft, 909 sqft and 879 sq ft.
With an average selling price of RM3,700 psf, the developer is targeting foreign buyers from China, Hong Kong, Taiwan, Japan, Indonesia, Singapore, Korea, the Philippines, Brunei, Sri Lanka, India and Bangladesh.
Besides this iconic project, the developer, M101 Holdings Sdn Bhd has planned to launch 10 more projects, comprising mainly small office, flexible office (SoFo) units with a total Gross Development Value (GDV) of RM4 billion.